Wednesday, November 26, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama jari jemariku tidak menari-nari di blok kesayanganku ini..
Masa membataskanku dan jari-jemariku untuk terus menari di sini..
Rindunya untuk perkongsian ilmu, rindu segala-galanya tentang kerinduan..

Tersentak Rinduku
Masih terasa...
akuanku dan akuanmu membuatku riang gembira 
amat bahagia walau hanya untuk seketika cuma...
sepi menyapa,
bisikan rindu,
selalu bertamu,
namun apakan daya ,
yang dirindu tidak seperti dahulu...
menyingkap kenangan manis,
walau hati terhiris,
namun masih teringin cinta terlukis..
gambaran wajah raut rinduku..
hebat gah tampan kacak hensem semua berlagu,
sayang yang dirindu terus berlalu.
rupa-rupanya aku hanyalah "Perindu Sepi"
di hening malam nan sunyi..

Kamarindukuranokkb27112014@TDU

melabuhkan rasa di "Pelabuhanrasa" yg aku suko..
memburu rindu abadi..
kenang daku dalam doamu..

Saturday, June 28, 2014

RAMADHAN DATANG LAGI..

Assalamualaikum,
Ramadhan datang lagi.
Sayu dan rindu menggamit hatiku..
Rindu pada semuanya yang dulu..
Namun apa dayaku, hanya Allah sahaja tempatku mengadu,kalau boleh diundurkan masa ingin kukecapi segala nikmat yang aku tidak dapati sejak dulu, mencintai orang yang aku cinta,menyayangi orang yang aku sayang,merindui orang yang aku rindu, berbual mesra dengan orang yang ingin aku dekati, beramah mesra dalam jalinan kasih sayang yang abadi, namun aku tidak bisa mengulangi saat itu, mustahil bagiku..air mataku tidak dapatku tahankan, namun siapa aku untuk mendapat semua yang bukan milikku..hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUKKU..AMPUNI HAMBAMU INI,
 YA, ALLAH!
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih mendekatkanku kepadaNYA.
Aku bermohon padaMU YA ALLAH, ampuni segala dosaku,dosa suamiku,dosa anak2ku,dosa kedua ibu bapaku,dosa adik beradikku,dosa jiran2ku,seterusnya dosa muslimin dan muslimat diseluruh dunia,Aamiin.

 Melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa yang aku suko... semoga ALLAH sentiasa memberikan limpahan RAHMAT buat hamba-hambanya di bulan yang penuh keberkatan ini, Aamiin...
28062014sabtu

Monday, June 23, 2014

bengkel pengurusan PSS @ PKG KKB...24062014

Assalamualaikum,
my new post today...
now sedang mengikuti sesi bengkel pengurusan PSS...
pengurusan aset.

banyak nak diurus dan diselenggara...

Tuesday, June 10, 2014

MENGIMBAU KENANGAN D MPSAH '86-88..WALAU SEBENTAR CUMA

Assalamualaikum,
Teruja ingin ke tempat yg banyak meningglkan kenangan kepadaku dalam menerokai dunia pendidikanku, zaman kegemilangan keremajaanku, semuanya indah..kini cuma tinggal kenangan..yang kadangkala bisa mengetuk pintu hatiku semula tentang kehidupan semasa berada di sini..sayu, rindu, sedih,gembira, suka, duka, semuanya berbaur dan kalau diingat-ingatkan semula semua itu aku akan menitiskan air mata, banyak yang aku pelajari tentang manusia..bermula dengan kasih sayang, rindu, benci,kasihan,marah ,geram,takut,seram,geli,berahi,sakit dan pelbagai perasaan yang membuatku teruja dalam mengimbau kenangan lalu..
Kasih sayang ALLAH melebihi segala-galanya,
 Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku....
setiap yang berlaku pasti ada hikmahNYA..aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan sentiasa mohon pada ALLAH agar ditenangkan hatiku,dikuatkan imanku, agar dapat aku meneruskan kehidupan dengan aman dan harmoni dalam suasana yang semua orang suka..























Semoga kehidupanku terus mendapat keberkatanNYA,aamiin.melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa' yang aku suko..

Wednesday, June 4, 2014

TERUNGKAI YANG TERPENDAM

Assalamualaikum,agak lama aku x add new post..
Bagimanakan kumulakan??...
Akhirnya terungkai apa yg kupendam selama ini..
luahan hatiku...26&27Mei
Sabarkan aku Ya Allah!! Lindungi hambaMU ini Ya Allah! Perkenankanlah permintaanku ini Ya Allah,aamiin..


kenangan abadi.. 
apa yg telah berlaku pasti ada HIKMAHNYA..
kasih sayang Allah melebihi kasih sayang manusia..
pasrah padaNYA..Allah Maha Mengetahu 
apa yang terbaik buatku...
melabuhkan rasa d ' pelabuhanrasa yg aku suko'
banyak yg aku pelajari tentang perilaku manusia...
semoga akan terus berjaya di dunia akhirat,aamiin.

Friday, May 23, 2014

PEPERIKSAAN AKHIR SEM 6 PPGK1 IPGKBM KL 24/25 MEI 2014

Assalamualaikum,

Agak lama jari-jemariku tidak menari2 d blog kesayanganku ini,
masa membataskan segalanya.
Today d hostel IPGKBM KL..started yesterday 23/05/14 till tomorrow.sunday..25/05/14.
exam today - 2.00- 4.30 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Tomorrow - 2.00- 4.30 Sejarah Bahasa Melayu Perkamusan dan Terjemahan

Semoga semuanya akan dipermudahkanNYA, Aamiin.

Masa berlalu begitu pantas tanpa kusedari sudah penghujung semester 6,

next month sem 7 & the next year last sem..sem 8.

x sabar nak hbiskan pengajian.
x sabar nak cepatkan pembelajaran..
semoga semua calon PPG K 1 IPGKBM KL akan berjaya dengan cemerlang,InsyaAllah.Melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa' yg aku suko.

Jauh dikenang, dekat disayang.


jamuan sempena sambutan hari guru bersama warga SKAP KKB..
kenangan
                     Selamat hari guru semoga sentiasa sihat,gembira,bahagia,berjaya di dunia akhirat,sabar dan tabah menabur bakti untuk nusa dan bangsa.salam ceria dan salam rindu di angin lalu..sampaikan salam rinduku kepadaNYA..


Wednesday, April 23, 2014

LAWATAN JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI 23042014

Assalamualaikum,
terujanya minggu ini,
banyaknya lawatan pemantauan
PPB,JPS,JNJK..
Semoga warga SK Ampang diberi kemudahan untuk lebih cemerlang di dunia akhirat hingga syurgaNYA..aamiin.


Melabuhkan rasa di ' Pelabuhan Rasa' 
yg aku suka..

Rindu Menggamit Kenangan...

MASA BERGANTI MASA

Assalamualaikum,
cepatnya masa berlalu,

happy anniversary ke- 23 to 
 my hubby & me..18041991-18042014..
semoga sihat,gembira,bahagia, berjaya di dunia akhirat
 hingga syurgaNYA..aamiin..

18042012 - 18042014 ..genap 2 tahun pemergian bonda yg disayangi menghadap pencipta, panggilan ILLAHI..semoga ALLAH tempatkan bonda & ayahanda dalam syurgaNYA..aamiin..AlFatehah..

RINDU MENGGAMIT KENANGAN.. 

melabuhkan rasa di 'Pelabuhan Rasa ' yg aku suka..



Saturday, March 29, 2014

PERCUTIAN YG MENGUJAKAN AKU

Assalamualaikum,
agak lama aku tidak add new post,
masa membataskanku..
apa2pun aku gembira kerana percutian kali ini membawaku ke negara orang..Vietnam..
bersama pensyarah dan rakan2 
IPGKBM KL PPG Kohort 1 BM F..
Alhamdulillah, 
semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah..

kutitipkan  pic ini utk kenangan..
ada umur dan rezeki dapat ke sana lagi..InsyaAllah..aamiin.
banyak yang dapat aku pelajari sepanjang berada di negara orang...
hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..lebih baik hujan batu...
alangkah bertuahnya aku menjadi warganegara M'sia..
syukur kerana masih banyak perkara yang baru kutahu dan lebih banyakkk lagi perkara yg tidak kuketahui..
perlu lebih meneroka alam ciptaanNYA yang sangat luas, indah,tenang,cantik..
semuanya perlukan pemikiran tentang betapa 
Maha Besarnya ALLAH SWT...








Melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa ' yg aku suko..
banyak teladan dan pengajaran yang aku pelajari..betapa hebatnya kekuasaaanMU Ya Allah.Salam benua untuk semua..terokai alam untuk lebih dekatkan diri dengan 
ALLAH SWT.. 
29032014sabtu10.19pm..

Monday, February 3, 2014

PENUTUP PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG SERTA ORIENTASI MURID TAHUN 1 2014

Assalamualaikum,
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan 
2014 berlalu begitu pantas.
Hari ini majlis penutupan program transisi dan guru penyayang serta orientasi murid tahun 1.
Suka tgk telatah murid tahun 1, bersahaja, manja,ingin perhatian dan tidak kurang juga yang masih 
takut2 dan malu2..
apa-apapun semoga anak2 ini akan
 terus cemerlang di dunia akhirat...aamiin.


Melabuhkan rasa di 'Pelabuhanrasa' yg aku suko
03022014 Isnin 
Tahniah!! dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini...

Thursday, January 2, 2014

Alhamdulillah hari pertama persekolahan sesi 2014 berjalan lancar

Assalamualaikum,
teruja nak bercerita
cerita tentang anak2 didikku
anak2 didikku yg sentiasa dahagakan ilmu
ilmu yg akan membantu mereka dalam kehidupan
kehidupan yg penuh cabaran
cabaran dalaman dan luaran
luaran yg byk godaan
godaan yg bakal menjentik minda anak2 didikku
syukur padaMU Ya ALLAH.

Gembira hari ini  sehingga menusuk kalbuku
mencuit hati kecilku mengimbau kenangan
kenangan masa silam yg penuh keindahan
penuh kesyahduan
penuh liku-liku
walau kupendam sebuah duka
duka yg kini berubah menjadi suka ,gembira, 
dan bahagia
Syukur padaMU

terima kasih ALLAH
semoga ketenangan ini akan berterusan 
berterusan sehingga syurgaMU..aamiin.

bahagianya..Alhamdulillah..semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusanku dan keluargaku..aamiin..semoga anak2 didikku berjaya di dunia akhirat.aamiin.
02012014..Khamis..8.49 malam.