Sunday, December 15, 2013

CUTI SEKOLAH..SANTAI D A FAMOSA RESORT MELAKA..

Assalamualaikum,
ermmm..pejam celik x sedar cuti sekolah sudah sebulan berlalu,
mcm2 nak buat,
Ya Allah , bantulah hambaMu..
permudahkanlah segala urusanku..aamiin..
cuti bwa anak2 ke melaka..
Alhamdulillah..suko..best cuti kali ini..happening.but anak2 x nak brgambor..so mak & ayah je..
hehe mcm kami berdua je yg bercuti..



Alhamdulillah..InsyaAllah lain kali bwa kakak dgn angah lak..cuma amal & kak lang je..
seronok mereka mandi-manda..
semoga sentiasa sihat untuk beribadah..aamiin
kenangan abadi..
melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
15123013..ahad 8.39 malam..

Monday, December 2, 2013

hobi menggamit memoriku

assalamualaikum,
teringat zaman sekolah dulu,
aku sangat meminati kereta sport.aku hanya pendamkan sahaja minatku ini..kerana kutau takkan dapek laaa..juta2 hargonyo..x mampu kumiliki...
aku suka berangan untuk menaiki kereta sport..
nak2 yg berwarna merahh..fuyoo..terangkat...
berangan yo laa..
kini ado gmbar2 yg aku boleh terokai..teruja betul.walaupun tak dapek naik tengok gambarpun jadilahhh..hehehe
kalau dapek naik bertuah badannn..
kereta yg mahal bak akata adikku orang kedekut yg beli kereta ni..hehe sebab hanya 2 org jerr boleh naik..apo2pun bertuah betul org yg memiliki kereta ni..aku sekadar dapek memiliki gmbar yo laa..
.





walaubagaimanapun kok bermimpi dapek pandu kereta ni memang seronok la..hanya mimpi jerr.sekadar mengisi kekosongan masa yg ada di musim cuti sekolah yg tinggal tidak berapa hari lagi...
hari ini dah masuk minggu ke-3 cuti sekolah..cepatnya masa berlalu.
apo2pun suko melabuhkan raso di 'pelabuhan rasa'
 yg aku suko..kalau ado yg tak suko new post ni jangan mare aa..sekadar hobi..
isnin 6.56pm

Thursday, November 28, 2013

LAWATAN BERSAMA PERKEP MAKTAB PDRM KKB..27112013

Assalamualaikum,
sudah agak lama jari-jemariku tidak menaip sebarang post terkini..
masa amat pantas berlalu, seakan tidak sedar pergerakan masa,
cuti sekolah hampir 2 minggu berlalu,
aku masih di rumah,
aku masih membuat kerja2 di rumah
aku masih membasuh pakaian keluargaku
aku masih mengemas rumahku
aku masih dgn tugasan di rumah yg aku perlu tumpukan untuk tempoh 1 bulan lebih ni..
mulai 23 hb Dis..akan bermula sesi mesyuarat utk sesi 2014.

Alhamdulillah..hari ini, 27112013  dapat join lawatan singkat ke Damansara..Muzeum Coklat..
mendengar info tentang coklat & sambil menyelam minum air..beli gak la utk anak2ku yg comel,amal & kak lang..










Meriah betul,dapat pengalaman baru bersama anak2ku..InsyaAllah kita jalan ke tempat lain pulok yo!..hehe
Apo-apapun syukur masih diberi peluang,ruang dan masa untuk menghirup udara segar..
Melabuhkan rasa di 'Pelabuhanrasa' yg aku suko..
terima kasihhhh..
0801pm khamis .

Thursday, October 24, 2013

JEJAK KASIH 1..BERSAMA KHAIRUNNISA..SMSH SC CLASS 1983..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
sukonya hari ini 24 Oktober 2013..kerana dapat bertemu semula rakan sekolah dulu..masa form 4 & 5 d SMSH, kangar Perlis..
Walaupun singgah hanya sekejap sahaja..dapat juga lepaskan rindu smbil bercerita ttg kisah lalu zaman persekolahan..

Melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa yg aku suko..
kenangan abadiku zaman persekolahan yg indah..

Monday, October 21, 2013

Koleksiku

assalamualaikum,
lama x add entry terbaru,
busy,
lazy,
crazy,..BUTTTT...
always happy..hehe



 indahnya namamu seindah wajahmu

keindahan alam ciptaanMU.melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa yg aku suko...
memory semalam..
21102013 isnin 10.45 malam...

Monday, October 7, 2013

Bila rindu datang bertandang

assalamualaikum..
lama x add cerita baru..
rindu serindu-rindunya..
namun apa daya
tiada daya upayaku..
melainkan dengan izinNYA jua..

terasa terasing
dingin malam
memecahkan suasana malamku..

resahku berulang kembali
namun kutabahkan hati
kupujuk hati
walau rawan walau tak karuan

pasrah kuterjah
 mohon kutabah
akan kuredah
walau payah
walau susah
walau sukar

pasti akan ada jalannya
mohon padaNYA
tabahkan hatiku
sabarkan aku
kuatkan imanku
aamiinn..

Wednesday, September 4, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR...sangat bermakna..03092013 selasa


Assalamualaikum..
Alhamdulillah,sesi lawatan kali ini berjalan lancar.Semoga mendapat ilmu dan pengalaman baru yg lebih bermakna. Semua tempat/destinasi yang dicadang berjaya diterokai..first,perpustakaan raja tun uda,muzeum shah alam,pusat mel nasional dan muzeum coklat..InsyaAllah destinasi lain pula pada sesi lawatan akan datang..

 seronok betul anak2 didikku sewaktu berada d perpustakaan raja tun uda shah alam...
banyak aktiviti boleh diterokai dalam sebuah perpustakaan yang mempunyai peralatan ict yang canggih dan boleh menarik minat pengunjung ..

melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa yg aku suko'..
akan ku coretkan coretan kenangan sepanjang aku berkhidmat dan selagi hayat dikandung badan..InsyaAllah..aamiin. .04092013..rabu..

Tuesday, August 27, 2013

Hijjaz - Rindu..Sabarkanlah hambaMU ini Ya Allah!..aamiin


Rindu

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan

Rindu kepada Tuhan
Rindu kepada Tuhan

Sunday, August 11, 2013

Syukur , suka, duka, dan gembira di AidilFitri

Assalamualaikum,
teruja menyambut aidilfitri kali ini,
sedih yang tidak dapat digambarkan,
gembira yang tidak terlukiskan,
sunyi sepi rasa hati,

abah telah menyahut panggilan Illahi  pada 25dis2005 ,
emak pula 18april 2012,
tiada senyum dan tawa ria kalian berdua 
menyambut raya tahun ini.
rindukan kalian..Al Fatihah..aamiin.
hanya doa kukirim buat kalian berdua semoga sentiasa mendapat Rahmat dari yang Maha Esa..aamiin.
rasa kehilangan yang berganda kali ini..

Ya Allah sabarkanlah aku,kuatkanlah imanku..
tambahan pula dengan ujian Allah kepadaku disaat aku ingin menyelesaikan segala masalah yg melanda hidupku..
aku bersyukur kerana Allah sentiasa mudahkan segala urusanku..alhamdulillah.

cuma jauh di sudut hatiku masih rindu.
rindu keriangan masa lalu,
rindu kenangan lalu,
rindukan insan yang pernah hadir dalam hidupku..
rindu segala2nya yg aku rindukan selama ini,
semoga kerinduan ini tidak bertukar menjadi kejemuan..
jangan rindu jadi jemu,biar rindu jadi sumber ilhamku,
biar rindu bertapa untuk selama-lamanya di hatiku,
sehingga ke akhir hayatku,
walau tiada siapa yang tahu,
melainkan Yang Maha Mengetahui..

kutitipkan kenangan di aidilftri bersama keluargaku,
yg sentiasa menjadi sumber kekuatan dan sumber ilhamku.




 gambar kenangan


gambar kenangan bersama mak mertua d KSDN9

apa-apapun aku bersyukur kerana Allah sentiasa mudahkan segala urusanku..alhamdulillah.
terima kasih kepada suami & anak2 mak.
suko melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
'dekat disayang,jauh dikenang'
11ogos2013 10.03malam


Monday, July 29, 2013

Selamat Hari raya Aidil Fitri

Assalamualaikum..
Masa pantas berlalu..
Ramadhan da d penghujung..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Semoga sentiasa sihat,gembira,bahagia, dan berjaya di dunia akhirat..aamiin..
Bergembira dan bersederhana di hari mulia..
 
Melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' 
yg aku suko
rindu ayahanda & bonda..semoga sejahtera di sisiNYA..aamiin

Saturday, July 20, 2013

Interaksi 2 Semester 5........20 Julai 2013..Sabtu

assalamualaikum..
jariku menari2 lagi..
today kuliah ..interaksi 2..Semester 5..
Seawal 4 pagi bangun..
almaklumlah bulan puasa..
klau hari2 biasa ok ..lewat sikit..
ni awal sikit..
minum susu..
mkn kurma & roti..
kemudian kejutkan hb & anak2..
then tinggalkan mereka bersahur..
aku teruskan perjalanan..
alhamdulillah..perjalanan pergi..lancar..
begitu juga perjalanan balik..
cuma jam d Rawang..
at last smpai rmh jam 6.15 petang..

today's lesson..ok..
tidak membosankan..rasanya boleh catch up...
assignmentpun bermula..
semua perlu hantar 24 ogos..
only 1 on 18 september..itupun jika tiada perubahan..
hope this semester boleh score dgn cemerlang..up my pointer..insyaAllah..

suka hari ini..
masa pergi beg ringan jerr..
masa balikk..jadi berat la pulok..
banyak nota & latihan untuk dibaca & dibereskan..
morfologi, sintaksis, elektif moral, teater kanak2,..
BIG belum ada apa2 info..
tunggu jer laa..get ready ok..
semoga dapat menyiapkan semua kerja kursus dengan cemerlang..aamiin.

melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa' yg aku suko..

 terima kasih sayangku,putera-puteriku..
luv u all..

Thursday, July 18, 2013

sabarkan aku Ya ALLAH..berat ujianMU Ya ALLAH...

assalamualaikum..
berat ujianMU Ya ALLAH..
aku mohon padaMU sabarkan aku sesabar-sabarnya 
Ya ALLAH..  aamiin.
sukar untuk aku luahkan perasaanku ketika ini..
Allah Maha Mengetahui..
semoga di bulan Ramadhan yg barokah ini lebih bermakna buatku & keluargaku.

melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
dekat dihatiku..
18072013 

Monday, July 15, 2013

TO'KI - Hampa

TO'KI - Hampa.....tersentuh hatiku




semoga semuanya gembira selalu..kenangan abadi sukar dilupakan..berdoalah pada Allah semoga terus sabar menerima ujianNYA..aamiin..
....................................sampaikan rinduku

HAPPY BIRTHDAY..AKU SENTIASA BERDOA AGAR DIBERI KESIHATAN YG BAIK..

assalamualaikum..
ku gagahi juga untuk taipan ini..
sayu bila dgr lagu ni..'hampa'..
apa2pun semoga semuanya sentiasa bahagia, gembira, & ceria2..

selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-47 semoga terus sihat untuk berkhidmat dan beribadah di bulan yg penuh barokah ini..aamiin...
Salam Ramadhan..
mwlabuhkan rasa d pelabuhan rasa yg aku suko..
15 julai 2013..isnin.

Sunday, July 14, 2013

masih kurang sihat

assalamualaikum,
aku masih domam laie ni..selsema..
bersin je, rasa berat sgt kepala ni..aku gagahi juga taipan ini untuk kongsi citer..huhu
da 2 mlm x g solat terawih..huhu..
insyaAllah esok..
aku sentiasa berdoa semoga cepat sihat utk beribadah..aamiin.
bagaimanapun aku masih tetap x tenang..suarapun da berubah..
almaklumlah..tambah serak la..kena banyak minum air masak..
esok da  sekolah..
isnin..15 julai..my birthday..yg ke-47.
cepatnya masa berlalu meniti usiaku..
alhamdulillah masih diberi oleh Allah menikmati dunia yg indah ini..
syukur sgt2..
Ya Allah hanya kepadaMU ku berserah..
segala ujianMU adalah untuk kebaikanku..
walau berat ujianMU Ya Allah, aku pasti Allah Yang Maha Mengetahui yg terbaik buatku..melabuhkan rasa 
d 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
salam Ramadhan..
semoga  Ramadhan kali ini penuh makna, sempurna,diterimaNYA  dan diberkati..aamiin.
 sentiasa abadi di sudut hatiku..

semoga semuanya sihat,gembira,bahagia,berjaya di dunia akhirat,aamiin..
selalu di hatiku..

Saturday, July 13, 2013

Edcoustic - Muhasabah Cinta...menjelang my birthday..domam selsema ..


assalamualaikum..
sudah lamo x domam..
rasa sakit2 badan..nak2 di bulan Ramadhan ini..bebanyak la bersabar..ado hikmah di sebaliknye yg Allah uji.
aku sentiasa berdoa kepadaMU Ya Allah..aamiin.

Wednesday, July 10, 2013

Raihan - Kasih Sayang ( Lirik).flv..motivasi penuh makna


assalamualaikum..
alhamdulillah dapat juga join motivasi bersama ustazah..
amat menyentuh hati ,perasaan dan juga sanubariku..
aku berkesempatan untuk menghadiri motivasi ini..
walau agak lambat sedikit
sebab aku ado kelas di awal waktu hingga rehat..so take 5..
namun aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada
berbahagia dengan apa yang aku miliki..
redho dengan ketentuan ILLAHI..
masyaAllah besrnya nikmat yang ALLAH beri kepadaku..
tersentuh denga lagu yang beliau perdengarkan lalu aku aku juga ingin kongsikan lagu ini..liriknya penuh makna yang tersurat dan tersirat..

Friday, July 5, 2013

Ramadhan datang lagi..

Assalamualaikum..
Ramadhan datang lagi..
insyaAllah dapatku menyambutnya lagi untuk kali ini..

kumohon pada Allah Yang Maha Esa agar dapatku bersama Ramadhan untuk kali ini..

Sesungguhnya aku begitu sayu dan pilu mengenangkan apa yang telah berlaku..

terluka untuk membaiki luka..berduka untuk menggembirakan...
apapun aku redha dan pasrah..
Walau jauh di sudut hatiku hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang aku alami dan lalui..dan hanya KepadaMu jua aku memohon pertolongan..
tiada daya upayaku melainkan dengan pertolonganMU 
Ya Allah...
Berat ujianMu Ya Allah!..Sabarkanlah aku Ya Allah!, kuatkanlah imanku Ya Allah, 
gembirakanlah aku Ya Allah!..
Sesungguhnya Hanya PadaMU kuberserah 
 Ya Allah..Aamiin.


 Salam Ramadhan


Sayu, rindu
Semoga Ramadhan kali ini akan memberi lebih makna kepadaku
amat bermakna..
dan diterimaNYA
InsyaAllah

 Kepada sahabat dan kenalan 
Kemaafan kupohon atas segala kesalahanku dan kesilapanku yang lalu..yang tanpa aku sedari..
mohon maaf
 dunia dan akhirat
05072013 Jumaat 9.06mlm

Monday, July 1, 2013

sudirman-antara hujan dan airmata



assalamualaikum..
hujan di kkb..01 julai 2013..0506 petang
teringat kenangan waktu silam..
semoga Allah sentiasa tabahkan hatiku...
                                             aamiin..

Sunday, June 30, 2013

sedih pilu

assalam
jarijemariku menari lagi..
x banyak nak cerita..
perkongsian abadi selamanya..
selagi hayat dikandung badan..
hingga syurgaNYA..


SEKALI AKU JATUH CINTA=NASSIER WAHAB

Sunday, June 23, 2013

hari ini isnin 24jun2013 cuti..jerebu

assalamualaikum,
jerebu melanda kkb
selangor cuti
begitu juga melaka & johor..
semoga cepat berlalu masalah jerebu ini..
sama-samalah berdoa..aamiin.

salam nisfu syaaban..
puasa...
insyaAllah..
semoga diterima segala amalanku olehNYA..aamiin.
melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa ' yg aku suko.

 
gambar menunjukkan keadaan jerebu menjelang senja semalam..23062013..ahad

Saturday, June 22, 2013

cuaca berjerebu today 23 Jun 2013

Assalamualaikum..

jari jemariku menari lagi hari ini..
Ya Allah beratnya ujianMU..
rasa tidak tertanggung olehku....
'sabarkanlah aku Ya Allah'..
jadikanlah aku sesabar-sabarnya Ya Allah..aamiin.

kecilnya dunia ini..
sekecil aku juga sebagai makhluk Allah..

Apa2pun aku bersyukur kerana Allah masih meminjamkan 'nyawaku' ini..

Andai diambil nyawaku ..
sebelum aku dapat apa yg aku idamkan....
aku redho...

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jangan jemu 
memohon Rahmat dan pertolongan Allah SWT.
aamiin,aamiin,aamiin.

Jauh di sudut hatiku..
 terpendam perasaan yg amat dalam ..
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Alhamdulillah
 terima kasih suami yg disayang
anak2 yg dikasihi
berkat doa semua..


kecantikan bunga tidak boleh dipisahkan dgn wanita


Saturday, June 15, 2013

semuanya hanya kenangan..masa berlalu

assalamualaikum,
meniti usiaku..
x sedar masa berlalu..
ujian Allah..bersabarlah hatiku..
Allah sentiasa menguji hambaNYA..
aku cuma perlu sentiasa bersabar dan terus dalam kesabaran..
Alhamdulillah hari ini,15062013..buat semakan keputusan kenaikan pangkat secara on9..
status .. berjaya..tarikh kenaikan pangkat..01012013..muatnaik..18042013(my aniversary)
hadiah hari lahir..sebulan lagi..15/07..alhamdulillah..
aku bahagia dengan apa yg aku ada..syukur.
aku berbanggga dengan apa yg aku miliki..
hanya sementara d dunia ini..
 semuanya Allah pinjamkan..
sayangnya
abah dan mak x sempat untuk menikmati apa yg aku ada
hanya doa kukirimkan buat kalian..semoga ditempatkan dalam SyurgaNYA..aamiin.

 buat suamiku yg dikasihi, putra dan puteriku yg disayangi..
terima kasih atas sokongan kalian..
tanpa kalian..siapalah aku..
terima kasih sayangku..
terima kasih semua yg memberi semangat & sokongan..

melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa ' yg aku suko..
15062013sabtu11,24mlm


ombak rindu..ombak bukan biru..ombak sutera..
semuanya tentang ombak..
lihat lautan dapat pahala..berzikir dapat pahala..
memuji Kebesaran Allah..
Allah Maha Berkuasa.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar







Sunday, May 26, 2013

TERKENANG SEMASA DULU..HATIKU MERASA RINDU..

assalamualaikum,
today 26 mei 2013 ahad..
cuti sekolahpun bermula..
24mei hingga 09jun 2013..
banyak yg perlu dibereskan..
banyak yg perlu on9..
semua nak copek yo..
apo2pun soba yo la hati..
sudah t/jwb..buek yo la..
semoga semuanya dipermudahkanNYA dan dpt dilaksanakan dgn baik..InsyaAllah..
today aku berjaya edit gambar..dolu2 udah belajor..lupo..apo nak dikato..
tando2 penuaan..
hakikat yg hakiki sebuah kehidupan insan.. 


suka duka kehidupan..
semuanya untuk kenangan..
sejarah berlalu..
masa berlalu..
tak mungkin dapat kuulangi masa muda hanya sekali..
telahanku meleset..
apo2pun syukur dengan kurniaan Illahi..
Alhamdulillah..
melabuhkan rasa di 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
1053pm26052013ahad 
'for your eyes only'..'only for u'..1980an..



Saturday, May 18, 2013

exam akhir sem 4 ppg ambilan jun 2011

assalamualaikum,
next week exam,
started on 20 - 22 mei 2013.
doaku semoga berjaya dengan cemerlang.
buat rakan-rakan seperjuanganku
 ku doakan semuanya akan cemerlang,aamiin.

cadang nak duk hostel d ipg esok..
berkumpul d rmh rosnah 11 pagi..insyaAllah.

doaku semoga Allah sentiasa memudahkan segala urusanku di dunia & akhirat,aamiin.

melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' yg aku suko.

suksess..
18052013
sabtu...


 senandung semalam..