Friday, July 31, 2015

Wednesday, July 15, 2015

ALHAMDULILLAH, SEMOGA ALLAH SENTIASA MELIMPAHKAN RAMATNYA, AAMIIN.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kusambut ulangtahun kelahiranku yg ke-49,
banyak keberkatan di bulan Ramadhan ini, semoga diriku sentiasa dalam keberkatanNYA, Aamiin.



kenangan tetap dihatiku..mengimbau kenangan dulu hatiku berasa sayu dan rinduu..
melabuhkan rasa di pelabuhanrasa yg aku suko..
1507....

Monday, July 6, 2015

Alhamdulillah tamat sudah pengajianku selama 4 tahun..mulai jun 2011 - jun 2015..suka duka kualami..pengalaman pahit manis

Assamualaikum,
syukur Alhamdulillah..
berkat kesabaran dalam menimba ilmu..
kumulakan taipan di blog ini dengan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah,
dengan izinNya dapatku menamatkan pengajian ini..

Banyak yang aku perlu korbankan dalam menimba imu kali ini,
masaku, masa suamiku, masa anak2ku,masa kwn2ku, masa jiran2ku,masa keluargaku serta masa adik-beradikku..
terima kasih yang tidak terhingga buat kalian, pengorbanan kalian sangat2 aku hargai.hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan apa yang aku alami sepanjang pengajianku ini,

pastinya aku akan merindui saat2 bangun se awal 4 pagi untuk memulakan perjalanan ke bilik kuliah demi mengelakkan kesesakan di jalan raya yang tiada penghujungnya..Kuala Lumpur bandaraya metropolitan..semua berlumba2 untuk mengaut kekayaan ilmu, harta, kasih sayang, keduniaan dan yang penting akhirat nanti sebagai bekalan yang akan dibawa..

di blog kesayanganku ini akan kukongsikan sedikit sebanyak apa yang aku lalui sepanjang menuntut ilmu di IPGK BM KL..

andai masa boleh kuundur , ingin kukembalikan zaman yang kulalui dengan penuh kecemerlangan..namun Allah penentu segalanya..aku sangat berterima kasih kepada semua yang telah membantuku secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam proses aku menimba ilmu ini.

tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan..
lautan budi dan lautan kasih sayang untuk semua..hanya allah yang boleh mampu membalas jasa kalian.

akan kusambung nanti..InsyaAllah..
06072015 isnin
kamarinduranokkb10.20pm

"Rindu tetap di kalbu"..