Sunday, December 20, 2015

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA..09122015 @MAEPS ,SERDANG.

Assalamualaikum,
Salam sejahtera..
semoga semuanya sihat2 selalu..
rindu semua tentang kerinduanku...

Alhamdulillah,syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan....terima kasih semua yag membantuku hingga aku berjaya meraih kejayaan ini..



Gambar kenangan semasa pendaftaran dulu 11 Jun 2011
kami bertiga dari SKP KKB..

kenangan semasa sesi pembentangan PT2 
melabuhkan rasa di pelabuhanrasa yg aku suko..
21122015 isnin@10.10am

Wednesday, December 16, 2015

Alhamdulillah hari yang indah..09122015 rabu @ MAEPS,Serdang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
salam rindu..
lama tak singgah di sini..
Alhamdulillah , semuanya selamat dan Allah permudahkan segalanya.Syukran..sejarah tercipta di MAEPS,Serdang,Selangor Darulehsan..
my konvokesyen..
Alhamdulillah..

Sunday, November 1, 2015

KONVOKESYEN KAKAK @ UPM....ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
salam rindu, lama jari-jemariku tidak menari2 di blog kesayanganku ini..
31102015 Sabtu @ UPM...
semoga terus berjaya dunia akhirat,Aamiin.
sangat teruja , gembira, ceria, pelbagai perasaan berbaur..
suka duka sedih pilu sayu bangga terharu 
kenangan abadi sampai mati.




Undur diri dulu..nanti free akanku update blogku yang telah lama sunyi ini...rindu nak berkarya..
melabuhkan rasa di pelabuhan rasa yg aku suko..
rano01112015 ahad10.42pm

Friday, October 30, 2015

TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah,tamat sudah pengajianku di IPGKBM KL..
bermula 11 Jun 2011 hingga Mei 2015..banyak kenangan pahit dan manis,suka duka, sedih pilu,cemburu sayang,dan  pelbagai perasaan yang bercampurbaur..sukar dilupakan..
menjadi kenangan sepanjang hayatku..



melabuhkan rasa di pelabuhanrasa yg aku suko...
30102015 Jumaat.

Sunday, August 9, 2015

Alhamdulillah , pengajianku berakhir sudah..

Assalamualaikum,
Agak lama jari-jemariku tidak menari2 di blog kesayanganku ini ,
banyak cerita nak dikongsi, banyak kata hendak dimadahkan,banyak gambar nak dilukiskan, namun apakan dayaku,masa begitu pantas berlalu,
kucuri-curi masa untuk bermain semula di blogku ini..

" Sahabat adalah mereka yg tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu."

salam persahabatan buat yang baru  singgah di blog 
ku ini..

hanya satu yang dapat dikongsi hari ini..

ranokkb09082015..

Friday, July 31, 2015

Wednesday, July 15, 2015

ALHAMDULILLAH, SEMOGA ALLAH SENTIASA MELIMPAHKAN RAMATNYA, AAMIIN.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kusambut ulangtahun kelahiranku yg ke-49,
banyak keberkatan di bulan Ramadhan ini, semoga diriku sentiasa dalam keberkatanNYA, Aamiin.



kenangan tetap dihatiku..mengimbau kenangan dulu hatiku berasa sayu dan rinduu..
melabuhkan rasa di pelabuhanrasa yg aku suko..
1507....

Monday, July 6, 2015

Alhamdulillah tamat sudah pengajianku selama 4 tahun..mulai jun 2011 - jun 2015..suka duka kualami..pengalaman pahit manis

Assamualaikum,
syukur Alhamdulillah..
berkat kesabaran dalam menimba ilmu..
kumulakan taipan di blog ini dengan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah,
dengan izinNya dapatku menamatkan pengajian ini..

Banyak yang aku perlu korbankan dalam menimba imu kali ini,
masaku, masa suamiku, masa anak2ku,masa kwn2ku, masa jiran2ku,masa keluargaku serta masa adik-beradikku..
terima kasih yang tidak terhingga buat kalian, pengorbanan kalian sangat2 aku hargai.hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan apa yang aku alami sepanjang pengajianku ini,

pastinya aku akan merindui saat2 bangun se awal 4 pagi untuk memulakan perjalanan ke bilik kuliah demi mengelakkan kesesakan di jalan raya yang tiada penghujungnya..Kuala Lumpur bandaraya metropolitan..semua berlumba2 untuk mengaut kekayaan ilmu, harta, kasih sayang, keduniaan dan yang penting akhirat nanti sebagai bekalan yang akan dibawa..

di blog kesayanganku ini akan kukongsikan sedikit sebanyak apa yang aku lalui sepanjang menuntut ilmu di IPGK BM KL..

andai masa boleh kuundur , ingin kukembalikan zaman yang kulalui dengan penuh kecemerlangan..namun Allah penentu segalanya..aku sangat berterima kasih kepada semua yang telah membantuku secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam proses aku menimba ilmu ini.

tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan..
lautan budi dan lautan kasih sayang untuk semua..hanya allah yang boleh mampu membalas jasa kalian.

akan kusambung nanti..InsyaAllah..
06072015 isnin
kamarinduranokkb10.20pm

"Rindu tetap di kalbu"..

Saturday, June 6, 2015

Gambar kenangan..PPGKBM BMF KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama jari-jemariku tidak menari-nari di blog kesayanganku ini..
Cuti sekolah telah seminggu berlalu..
Banyak suka duka kenangan sepanjang cuti kali ini..amat bermakna buatku..

Gerimis di hatiku kembali terbuka...
 Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan kepadaku dalam menjalani kehidupan sehariah,Aamiin..

Melabuhkan rasa di 'Pelabuhanrasa "yang aku suko..

Maaf jua yang dipinta seandai ada yang mengganggu jiwa yang membaca...

ranokkb07062015ahadtdukkb



Thursday, May 7, 2015

SELAMAT HARI GURU 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
lama jarijemariku tidak menari2 
di blog kesayanganku ini..
cuma singgah sebentar cuma untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru, didoakan semoga terus sihat untuk beribadah dan berkhidmat,Aamiin..

Terima Kasih Cikgu, jasamu kan kukenang selalu.
Suko dukoku sepanjang bergelar 'seorang guru'..kenangan bersama guruku dulu..memori yang sangat indah di alam persekolahan...

Monday, April 6, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
lamanya tak jenguk blog kesayanganku ini..
sayu bila nak post yang baru..
rasa sebak bila baca old my post..
Ya Allah sabarkan aku,
beratnya ujianmu di saat-saat terakhir untukku menghabiskan pengajianku....
semoga Allah sentiasa dalam hatiku yang 
selalu rindu ini..
semoga Allah sentiasa sabarkan aku sesabar-sabarnya, Aamiin....