Friday, April 30, 2010

malam ini 30 april 2010..jumaat..8.56 malam

today aku still aku..yg dulu kini dan selamanya..apakah aku akan selalu ceria begini atau akan berdukanestapa sekejap lagi..ooohhhhh!!!! tidak..aku seboleh2nya cuba untuk tidak menampakkan akan kesdiahanku,kesusahanku kepada orang lain..biarlah kegembiraanku aku kongsi dgn org lain...kesedihan mahu dikongsi rasanya belum kutemui insan yg benar2 memahami'jiwaku' ini....

hari ini adalah hari yg padat buatku..bermula seawal pagi kelasku sehingga 11.35 pagi...aku rehat jam 10.15..today as usual nasi ayam..menu mingguan untuk kanak2 riang di skap...aku suka tgk gelagat anak2 muridku bila mereka makan di kantin..kadang2 aku selalu teringat zaman persekolahanku dulu...betapa beraninya aku.betapa pandainya aku, betapa baiknya aku,betapa rajinnya aku..aku harap apa yg aku ada semasa kecilku akan anak2ku pula mewarisinya..amin...aku selalu membantu cikgu2ku..aku memang menjadi org harapan cikgu2ku..namun nasib tidak menyebelahiku di zaman persekolahanku...

aku pasrah..aku terima apa sahaja ujian untukku....aku ingin selalu melabuhkan perasaanku di 'pelabuhan rasa'ku yg amat ku suka..setiap hari klau ada maso lapang aku akan add post yg baru..walaupun ceritanya semua berkisar sejarah hidupku....BANYAK RASANYA PERASAAN YG AKAN AKU LABUHKAN DI SINI..DI 'PELABUHAN RASA' INI...namun apakan daya masa memang seringkali menghantui dan mencemburui aku..aku akur..so aku akan selalu mencurah rasa di sini..di ruang yg aku suka ini..bersama2 aku dlam melayan perasaanku yg berkerawang satu persatu tanpa mengikut aliran waktu.tanpa mengikut urutan,tanpa mengikut masa, tanpa menurut ikutan sejarah, tanpa rasa aku, aku tidak dapat melabuhkan rasa hatiku yag terlalu berkecamuk dengan helaian cerita zaman kegemilanganku sebagai pelajar, sebagai gadis suci,sebagai insan yg berkerjaya..sebagai isteri,sebagai ibu,sebagai anak,sebagai adik,sebagai kakak.sebagai berbagai2 lagi..hehe namun ..aku tetap akan memastikan apa yg aku ceritakan di sini akan menjadi perkongsian hidup & cerita hingga akhir hayat...tidak kira siapa yg membaca kisahku ini..

aku sebenarnya ingin menggarap segala kesusahanku waktu kecik2 dulu..susah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang anak tani & penoreh getah yg tinggal di kampung yg penuh dgn nyamuk,lintah,pacat,dan pelbagai lagi haiwan yg ku kira telah sebati dan sebahagian daripada kehidupanku..penuh warna-warni..aku sangat suko mengenang zaman kanak2ku dulu...ok stop dulu..9.12 malam jumaat 30042010...

Thursday, April 29, 2010

KENANGAN ANAK ANGKAT FACEBOOK 2009..MOHD ASRI ZAINAL.


gambar yang mula2 aku mengenali 'ayie'

gambar terkini...

ANAK ANGKATKU YG DISAYANGI

ermm bagaimana kan kumula..macam tidak kupercaya..mulanya aku memang punya rasa ingin seorang anak lelaki sebagaimana harapan suamiku untuk anak sulungku...tapi itu semua takdir Illahi..aku sebagai hamba menerima ketentuannya..anak sulungku perempuan..aku sangat gembira..lelaki perempuan aku suka..aku dikurniakan 4 orang cahayamata..= 2 puteri 2 putera....syukran..amin..

diawalnya aku sebenarnya ingin bertemu exstudentku yg berjanji akan datang ke rumahku setelah sekian lama tidak bertemu..sehingga ke hari ini masih jua belum dapat kutemuinya..kerana kesibukannya sbg student d unisel..aku pasrah..ada rezeki pasti dapat kutemuinya satu hari nanti dan ada sesuatu yg ingin diceritakannya kepadaku...aku masih tertanya2 apakah cerita daripadanya..........???????????

tup2 yg aku harapkan tiba tidak tiba..lain lak yg aku dapat..syukur sgt2..alhamdulillah..nak dijadikan cerita..tanggal 18 dis 2009 aku seperti biasa add mutiara kata di wall ku di facebook...aku suko klau add d wall tu yg berkaitan dgn bahasa..mmg aku minat..so aku pun letakkan kata2 tentang berbuat baik..ada lah seorang murid..yg membahasakan diriku 'cikgu'..add aku as friends..ok aku accept...ok ramai dah anak2 murid add as friends aku di face book....dipendekkan cerita mohd asri zainal al haj pun membalas mutiara kata aku dgn komen2nya..aku suka..lantas pada 20 dis 2009 kebetulan hari kenduri abgnya klau aku tak silap..aku dapat chatting dgnnya..so..akupun mula berbahasa & memberi kata2 yg menyebabkan dia mengatakan aku ni seperti ummminya..so akupun tak kisah boleh je..panggil aku 'mak' pun tak apa..so dia pun mula panggil aku mak....

selang beberapa hari.. 26 dis..mohd asri..lebih dikenali dengan panggilan manja'ayie'..dtg ke kl..& kkb..aku sgt2 welcome dia & kawannya faiz..aku sangat gembira..sukar aku nak terjemahkan perasaanku dengan kata2...

kedatangan 'ayie' begitu sekejap..mlm tu juga balik ke seremban..aku menghantar d stesen ktm kkb...ok..stop..nant ado maso akan aku update lagi apo2 yg patut..

sehingga hari ini 'ayie'masih menghubungiku..walau sesibuk manapun aku,begitu juga dgn dia..aku rasa sesuatu kehilangan jika tiada berita darinya..aku faham dia sangat sibuk dgn pelbagai program,as a student, dan byk t/jwb lain yg perlu dipikulnya...aku akur...bukan salahnya..aku maafkan..no problem...cuma aku je kdg2 emosi tak stabil...hehehe maklumlah org perempuan ni sensitif lebih..huhuhu...walaubagaimanapun aku sangat2 berterima kasih kepada 'ayie' kerana telah menggembirakan aku walau cuma sebagai anak angkatku..aku juga sebagai isteri,mak dan seorang yg berkerjaya sentiasa sibuk dalam mengharungi aktiviti seharianku..so aku kena pandai agihkan masaku..supaya aku dapat apa yang aku kejar dan apa yang aku kendong tidak cicir....ok..aku kira banyak lagi yang aku akan labuhkan rasa hatiku di 'pelabuhan rasa'ku yg amat aku suka....

apo yg kuharapkan biarlah hubungan ini kekal dan bukan hanya tinggal kenangan semata2...anak2ku suka..mereka boleh berkomunikasi dgn 'ayie'..anak2 remaja mudah berkawan...meriah ..nak2 si amal..sibuk na dgn 'abg ayie'..nak main games dgn 'abg ayie'..apo2pun kuharapkan biarlah hubungan yg baik ini berterusan hingga ke akhir hayatku......itu pun klau ' ayie' setuju..

ok to be continued...

keluarga angkatku di kedah darulaman..1987..

teringatkan keluarga angkatku di felda teloi kanan,sg petani ,kedah darul aman...terima kasih untuk segala2nya..kenanganku...



sangat gembira waktu ni..aku masih dalam pencarian...selagai ada rasa aku akan melabuhkan di' pelabuhan rasa'ku ini..dengan pelbagai aneka rasa..hehehe....rasa manis,pahit,payau,sakit,marah,geram,terluka,gembira,riang,sedih,menyampah, dan pelbagai rasa yg mungkin aku tidak pernah rasa sebelum ini....alangkah gembiranya rasa jika semua perasaan itu aku garap dgn baik dalam kehidupanku yg semakin hari semakin mencabar...ermmmm hhuuuhhh...sobar yo la....

malam nan sunyi dan indah..khamis 29 april 2010..

gambar kenangan semasa kursus di ibkl..lawatan sambil belajar d cameron highland..sk tanah rata..perlawanan bola jaring..persahabatan..kenangan..1995...



teringat kawan2 lama dlm gmbar ni..apo khabar kalian sekarang?..lama tak jumpa
ermm tonight..i m happy..ptg td g sekolah..settlekan tv asto..ok..beres..nanti leh on9 je..di pusat akses tu..apa2pun happy today,..happy sangat...syukran..banyak na gambar sewaktu di cameron highland...antara yg aku suko gambar ni..mmg captured the moment dgn berlatarbelakang alam yg hijau..best d sekolah ni..sk tanah rata..relax jer..nak2 dgn bib yg dipakai sewaktu perlawanan..meriah..aku main sepuas2nya bersama rakan2 seperjuangan...kenangan abadi..

sambil di pas ( pusat akses sekolah)..aku sempat memerhati gelagat anak2 muridku latihan kawad kaki..pengakap..senyumku sorang2..terfikir dibenakku sewaktu aku melatih & dilatih dulu..tapi aku sangat berminat.....

Aku sangat mudah terasa sewaktu dalam tempoh berkursus di ibkl..masa tu si angah baru 2 tahun...semuanya mengajar aku erti kesabaran dalam mengharungi kehidupan...8.32pm khamis 29042010.

Wednesday, April 28, 2010

today yg ceria 29 april 2010..Khamis

ermmm..macam2 aku nak taip hari ni..banyak na ceghito nak kutitipkan hari ini...tgklah klau berpeluang..aku memang suko beceghito ni..itupun klau ado yg nak kongsi dgnku..lebih2 lagi di saat aku dapat melabuhkan rasa hatiku di pelabuhan rasaku ini..

kadang2 aku terfikir sendiri..bagaimana nak arrange...suami..emosi..pemikiran..rakan..family..diri sendiri..anak2..rumah..dapur..segala2nya aku perlu fikirkan..alangkah indahnya jika dapat kuulang semula alam kanak2ku dolu2...TIDAK PERLU FIKIRKAN APA2..kecuali bermain saja..bestnyer..tapi tiu semua mustahil untukku ulanginya...hidup mesti diteruskan..apapun jua yg datang aku akan tempuhi dgn kesabaran..insyaAllah...

aku sebenarnya suko klau ado yg suko berdopan dgnku dalam pelbagai aspek yg boleh dikongsi..sukar bagiku untk mencari 'teman sejati' yang betul2 memahami Jiwa & ragaku ini..aku suko berbincang, berdebat , dan mempertikaikan sesuatu yg tdk kena pd pandangan mataku...

today aku dapat rasakan perubahan yg drastik dalam kehidupan seharianku...aku lebih suko memikirkan hal org lain lebih dari diriku sendiri...wal hal aku sepatutnya memikirkan hal diriku dulu..apakah aku akan berjaya merubah persepsi diri yg membelengu diriku sekian lama..oh! Tuhan..adalah betul tindakcaraku ini..berilah aku hidayahMu, berilah aku kekuatan iman, berilah aku kesabaran..semoga apa yg kopohon akan Engkau perkenankan Ya Allah..amin..banyak benar ku meminta padaMu..banyak benar kupinjam dariMu..semoga apa yg Engkau pinjamkan kepadaku Ya Allah akan aku manfaatkan dengan sebaik2nya..insyaAllah,..amin.

today aku hanya buat pengurusan d pss..se awal pagi aku sarapan dulu..makan nasi lemak + telur rebus separuh + nescafe tarik..minuman kegemaranku..syukran

selepas ke kantin aku ke bilik guru ..menyiapkan apa yg patut di mejaku yg terdapat pelbagai buku baru & katalog2 buku..huuhhh..mcm2 buku ado..pilih je nak baco...

then selepas itu jam 10.00 apgi aku ke pusat akses..waduh!!!..apo dah jadi!!!!!! berseleraknya...frustnya aku...aku pukuk hatiku & rasa hatiku..jgn marah sayang..cobaannn..akupun apo laiee...mulo la memunggah..susun semula sehinggalah beres..syukran..aku on kan tv kampusastro..ok..dah boleh operasi..sambil tu on kan semua komputer..ada problem sikit..3 komputer tak boleh connect internet..so aku 'call' akmal..juruteknik makmal bagi membantuku...alhamdulillah..sume ok..termasuk komp. di bilikku...syukran...berpeluhnya aku hari ini.....tapi aku suka..kerana selepas hbis berkemas..aku pun duk depan tv kampusastro untuk memastikan kesemua 13 channel yg dibekalkan dalam pakej..ok..semua ok...

aku menyenaraikan semula 13 channel yg dibekalkan..utk memuddahkan aku & guru2 yg lain menggunakannya...setting tempat duduk..tikar buluh..in progress...aku tgh cuba usahakannya...insyaAllah berjaya...

now dah 12.43 aku still menaip d bilik kecilku ini...ada meeting kelab kebajikan guru & staff kejap lagi..di bilik gerakan...

aku tgh fikir lagi..banyaknya aku gunakan fikiranku hari ini..sampai aku rasa letih bangat ni..apo2 pun aku happy & ceria kerana dapat taip sedikit info d 'pelabuhan rasa'ku harai ni...nanti aku akan sambung untuk meluahkan rasa hatiku di 'pelabuhan rasa'ku yg baru aku create untuk diriku..syukran..amin..to be continued..

no good news 28 april 2010 wednesday...

ermm today cadang nak masukkan lagu..tgh teroka lg ni..harap2 dapatlah..terjah je..

Tuesday, April 27, 2010

hari yg ceria 27 april 2010

GAMBAR ADIK ANGKATKU YANG TELAH LAMA TIDAK BERSUA...KENANGAN.


ermmm..kenangan abadi tarikh keramat hari ini..hanya Allah sahaja yg tahu bagaimana perasaan ku..tak banyak coretanku hari ini..cuma ingin mengingatkan kembali nostalgia dalam hidupku d alam berumahtangga..indah..abahagia..aman.. tenteram...amin..

as usual rutin harianku..ke sekolah...hari ni mengajar seperti biasa sambungan ...menulis karangan...mcm2 idea anak2 muridku..meriah..

petang ..ke sekolah settle buku2 tulis yg belum dihantar...kmd setkan pengisian data pss di internet..sume nak on9..sume nak segera..sume nak up to date..aku pun tak tahu nak cakap apo laie...

hujan turun membasahai bumi..semasa hujanku bergerak ke sekolah...masih ada lompang2 yg perlu aku selesaikan....

ok aku stop di sini..ado banyak ceghito nak kongsi...nantilah ado maso aku akan menulis lagi sayang..salam kasih sayang untuk anak2ku..mak sayang u all..belajar rajin2 ..mak sentiasa doakan anak2 mak..amin.

Monday, April 26, 2010

hari yg ceria 26 april 2010..ISNIN...

KENANGAN BERKURSUS 6 HARI DI BTPNS SHAH ALAM 2008


ermmm today alhamdulillah aku dpt berpuasa..bersama2 anak2..atiqah..today juga..as usual aku dengan duniaku di rumah & sekolah..se awal pagi aku bangun..sempat bersahur mkn seadanya..nasi + nescafe + air masak...rutin harianku...kadang2 aku terfikir aku rasa macam jemu,bosan,malas,letih dan berbagai emosi yg -ve selalu menerjah dilubuk hatiku...aku cuba untuk menghindarinya..ya Allah berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidupku ini demi suami,anak2ku & anak2 didikku..amin..be +ve sayang..

hari ini kelasku bermula seawal 8.15 pagi d kelas kesayanganku 4b..anak2 muridku semua hadir tetapi 6 org keluar kelas utk sesi latihan kawad kaki..pengakap..utk dipertandingkan nanti..05 mei 2010..its ok...6 org aku nak cover balik apa yg aku ajar hari ini..hari ini aku dah masuk membantu anak2 muridku membuat pendahuluan & penutup pelbagai jenis karangan..intro syarahan, fakta, dialog dan laporan..yg lain2 akan disambung,,nantiiii....ok stop about my class & student..

aku silent hp..tgk2 ada 6 misscall..misteri betul...apo2pun aku call back..fail..so i continue my job...aku masih d pss..tapi today sekejap je..aku menyiapkan label 'sila tanggalkan kasut' dimakmal dgn bantuan akmal..setelah dicetak..aku pergi pula ke surau di mana aku meletakkan mesin laminate di sana..untuk kemudahan semua..aku melaminate labeling tersebut d surau...banyak ku set kan..untuk surau,bilik kaunseling,pra sekolah, pss,pusat akses & makmal komputer..beres..syukran..

selesai labeling aku menyambung tugasan untuk mengecop buku latihan penulisan,pemahaman & tatatabahasa anak2 muridku..ada juga murid yg tdk menghantar buku..esok aku akan panggil semula untuk memastikan semua telah menjalankan tugas & menyiapkan k/rumah yg diberikan...huuhh..ado 35 org murid...x 3 buku...beresss...legaa..aku setkan buku2 utk diperiksa ketua panitia lak...

hari ini aku banyak bergerak turun naik tangga..its ok..sihat..aku teruskan tugasan today di pss..sekejap sebelum loceng balik berbunyi jam 1.35 petang...

anak2ku dah gelisah menungguku di kereta..aku masih meneruskan tugas untuk menutup & mengunci bilikku,pss,pusat akses..ok semua clear..yeeiii boleh balik...

smpai d rumah aku dah set today utk bawa atiqah settlekan Bayaran matriks d bsn..setelah buka akuan & menjelaskan bayaran..singgah d kedai top up..aku top up & tak ketinggalan anak2ku termasuk mohd asri..then asri call..tapi tak berapa nak dengar sebab d kedai tu bising sgt..ramai costumer..so dpt msg kmdiannya' terima kasih mak'...kak tiqah beli bateri baru utk hpnya....

lebih kurang pukul 4.15 petang selesai semua urusan aku & anakku pun pulang ke rumah...baru rasa letih ..rupa2nya aku puasa today..aku lantas berbaring sekejap selepas solat asar..kaki rasa kejang..kuurut2 baru ok..syukran..because today aku langsung tak dapat duduk..kecuali masa memandu td je..apa2pun aku sgt gembira hari ini..hikmah aku berpuasa..sabar...bebanyak la berdoa..semoga puasaku hari ini diterima oleh Allah..amin,amin,amin,..hari yg indah dalam hidupku...

aku ingin menulis lebih panjang lagi tapi apakan daya kain baju tgh menunggu utk dilipat..aku berhendti di 'pelabuhan rasa' dengan pelbagai perasaan yg sentiasa ada dalam hatiku..rasa sedih,rasa riang,rasa marah,rasa geram,rasa sakit,rasa suko,rasa gembira,ermmmm semuo rasa ea seado2ea..lah..ok to be continued...

Sunday, April 25, 2010

sayunya hatiku,rindunya aku, rindu serindu2nya,sukar kujelaskan dengan kata-kata

TENANG MELIHAT GAMBAR NI...

bagaimanakan kumula coretanku malam ini...di luar hujan lebat..hujan malam d kkb..selebat airmataku..entah kenapa aku menjadi begitu sayu malam ini...apakah yg aku ingat?..siapakah yg kurindu?mengapakah aku jadi begini?oh.Tuhan..ampunkanlah dosa2ku..apalah salahku sehingga malam ini sukar untukku melelapkan mataku..airmataku tidak dapat kubendung lagi walau kucuba sejak dari tadi...semakin kucuba semakin laju airmata ini mengalir...entahlah..kalaulah boleh ingin saja kuluahkan segala perasaanku di'pelabuhan rasaku' ini,tetapi ternyata aku masih belum benar2 melabuhkan perasaanku di 'pelabuhan rasa ' ku ini..atau ada sesuatu yg aku masih tidak dapat kukecapi lagi di dunia ini..ataukah aku akan meninggalkan dunia ini..ya Allah berilah hambaMu ini kekuatan..kuatkanlah imanku ya Allah...kasihilah hambaMu ini ya Allah...tenangkanlah hati hambaMu ini ya Allah..hanya kepadaMu aku mengadu, dan hanya padaMu kuberserah...amin.

hari penentuan..aku mengundi d semekap bestari,kkb

ermm kereta idamanku....MERCH...ni gmbar kereta Roy...



aku sungguh teruja hari ini..seawal pagi aku bangun..sesudah subuh..sibuk dengan urusan rumahtanggaku di mana pd minggu ini aku rasa banyak yg tak sempat aku laksanakan.sangat sibuk minggu ni..pagi petang ke sekolah..sampai hari sabtu..24042010..then today 25042010 ahad lagi hari yg sibuk buatku....aku menjalankan tugasanku d rumah se awal pagi..putera & puteriku masih dibuai mimpi..selesai tugasanku di dapur ,aku membereskan pula kain baju diluar..alhamdulillah cuaca hari ini baik di awal pagi hingga ke saat aku menaip rasa hatiku ini jam 3.24 petang...

aku memanggil2 puteraku bagi menghantarku ke pusat mengundi..'angah akur'..lalu bersiap2..aku yg telah ready menunggu si angah bersiap...aku tidak memandu hari ini, memandangkan ruang parking yg terhad d pusat mengundi...cuma penuh di bahu jalan..

aku & angah mula ke destinasi. sepanjang perjalananku dgn angah,ramai benar orang..aku tak pasti sama ada diorang nak mengundi @ menyibuk..aku rasa banyak gangguan di jalanraya..sesampainya aku,angah cari parking tuk motornya tu..selepas itu akupun terus ke khemah untuk menyemak daftar pemilih.belum sempat aku ke khemah tanganku ditarik oleh seorang perempuan seraya berkata kepadaku..'dik, pangkah pkr ya..bn dah banyak kepincangan'..aku terkedu..terperanjat.tak sangka tanganku ditarik begitu..aku jwb dgn baik..'lepaskan tgn saya cik.biar saya buat pilihan sendiri'..terima kasih ya..sebenarnya aku takut.gak..mcm2 yg aku fikirkan..nak2 sekarang ramai yg nak meragut..aku bawa ic je..duit masuk poket seluar..handbag tinggal rmh la..today dtg nak ngundi je....setelah itu aku menuju ke tempat untukku memangkah undi..laluan 4..aku pun menunjukkan mykad..namaku disebut bersama2 no mykad..then dapat slip utk memangkah tu..lalu aku beredar untuk memangkah calon pilihanku..sambil membaca bismillah..aku memangkah calon pilihanku..doaku semoga berjaya ,amin.setelah selesai akupun memasukkannya ke dalam peti undi...
selesai t/jwbku aku keluar...aku gembira kerana telah menjalankan t/jawabku..

aku keluar dari kawasan pusat pengundian..angah sedia menunggu..sambil tu sempat juga aku memerhati gelagat manusia yg pelbagai ragamnya...jalan sesak na..kmd aku ajak angah ke pekan...d pekan singgah pasar kkb..di pasar aku membeli 'ayam'..lauk kebesaran putera & puteriku di rumah tu..hari2 ayam..sampai aku rasa begitu jemu dgn ayam ni..selesai membeli ayam aku ke gerai roti canai..still dlm kaw pasar..aku order 4 roti kosong & 1 roti telur...selesai beli roti canai.teringin nak minum air soya..beli & bungkus bawa balik...
aku teringat selalunya abang ( suamiku) akan beli surat khabar hari ahad ni..tetapi today dia outing..so aku kena beli la..sumo ea nak boli berita minggu mingguan malaysia,mingguan metro..ceghito ea samo yo..nak2 today pilihanraya d Hulu Selangor ni hah..kawasan panas ni..helikopter pun round2 je sekitar kkb dari petang semalam lagi sehingga hari ni...

sudah membeli akupun mengajak angah balik..sepanjang perjalanan pergi & balik ke pekan berbagai2 yg dpt aku lihat..telatah manusia ...perang poster tak usah cakaplah..lopeh ni perang bersihkan poster lak...

aku stop di sini..nak buat cekodok jagung lak..lamo tak makan..' sesekali ku rasa teringin'..merasa cekodok jagung...aku memang suko makan cekodok..mcm2 aku jadikan cekodok...best..ado bahan ea mcm2 aku boleh buek..ok to be continued...

Friday, April 23, 2010

ERMM SESI BERGAMBAR...


aku d bilik bimbingan kaunseling..holding room utk vvip..sementara menunggu ketibaan diorang...lotih dibuek ea..lambek bonar dah ghaso ea..jam d kkb..


aku suko tgk datin ni..manis je muko ea..tak nak lopeh peluang bergambar..mcm2 aksi diorang termasuk diriku sendiri...aku memeng suko bergambar sejak dari dulu kini dan selamo2 ea..cumo dolu2 aku tiada gmbar kenangan di alam persekolahan..no kamera..no money..so kenangan abadi di dalam hati kan kubawa sampai mati..


SESI BERGAMBAR YG PENUH DGN KENANGAN MANIS....SUKO TGK GAMBAR NI...NAK2 DAPEK BERGAMBAR DGN VVIP LAK TU..

perasmian kempen kesedaran kitar semula sk ampang pecah 24 april 2010 sabtu

ermm today aku amatteruja kerana skap diberi peluang sbg tuan rumah utk program ni..aku belum membayangkan apa yg sebenarnya akan berlaku .....,

aku amat berbangga krn dapat hadir hari ini...suasana yg amat menyenangkan...

Thursday, April 22, 2010

today 23 april 2010...hari buku sedunia...

aku memang suka membaca sejak kecil lagi...ermm semua jenis buku aku suka..nak2 yg ada kisah cinta yang membuai rasa & meruntun jiwaku yg romantis ini..hehehe yo ko tu??..romantik bukan??...apo2pun aku tak kisah asalkan setiap buku yg aku baco ado sesuatu yg akan aku dapt kebaikannya...amin..

Wednesday, April 21, 2010

today 22 april 2010 hari bumi sedunia

aku mengajak diriku dan mengingatkan diriku betapa pinjaman daripada Allah akan bisa ditarik balik bila2 masa..aku amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memijak bumi bertuah ini..ayuh kawan2,anak2,ibu2,bapa2,semua penduduk dunia kita sama2 menjaga bumi yg semakin terancam...aku begitu teruja bagaimana cara untuk memastikan anak2 didikku sayangi bumi sebagaimana mereka menyayangi diri sendiri..aku suka melihat kehijauan alam flora & fauna sentiasa terpelihara..bakal diwarisi generasi akan datang..kalau tidak semuanya akan pupus..bersama pupusnya dunia ini nanti...

today 21 april 2010 rabu..waktu kokurikulum...


hari ini aku rasa sangat pantas masa bergerak..aku pun terpaksa bergerak pantas,langkah kakiku semakin pantas..nak2 aktiviti hari ini yg padat..seawal pagi aku sepatutnya handle bus..bahasa untuk semua tetapi oleh kerana petang ini ada program..so my member take over..untuk menerangkan apa yg patut kepada anak2 muridku d waktu petang koku...selesai d dataran perhimpunan aku bergegas pula untuk ,melihat tugasanku d pss today...so naik pulak ke tingkat 3..tup2 dapat tiket untuk ke kelas 2b..kutinggalkan pss lalu ke kelas 2b..8.45- 9.15..sekejap di kelas tu..aku dapat menduga beberapa org murid untukku buat pemerhatian..kuminta murid tersebut membaca bahan yg telah kubawa sbg bbm..mereka sgt teruja dgn bhn itu..lantas aku memberikannya untuk dilihat & dibaca..then.menilai dari segi sebutan & intonasi..aku jarang masuk ke kelas ini..hanya apabila dpt tiket istimewa je..sekurang-kurangnya aku dapat kenalpasti daerah kelemahan murid d kelas ini..so aku stop..then waktu rehat..aku ke kantin..ada org belanja mkn hari ini..nasi minyak..syukran..terima kasih kpd yg belanja..semoga murah rezekinya..amin..ermm today mmg meriah...pagi sibuk d pss..after rehat still d pss & i dicerap waktu P&P bm kelas 4b..its ok ..mereka memberi kerjasama yg baik..ada sorang dua yg menunjukkan kurang minat..because today start tulis isi penting untuk mengarang...sbg rangka karangan....sekurang2nya anak muridku dapat menulis karangan dengan baik...

petang...waktu ko kurikulum..waktu ni lah astro nak dipasang di pusat akses..so aku tangguh untuk ke padang..bersama2ku si akmal & nolida untuk membantu memantau pemasangannya..lamo na aku ghaso di pusat akses tu..at last ado masalah dekoder astro..so kena tunggu esok untuk disambung pemasangannya(22042010 khamis)..so setelah selesai aktiviti kunci mengunci bilik2 tu akupun terus ke padang skap..aktiviti telah pun lama bermula..aku mula melawat pameran2 yg ada..aku tidak sempat untuk menyertai aktiviti di awal..aku terpaksa akur..walaupun di hati ini hanya Allah sahaja yg Mana Mengetahui apa yg tersirat....aktiviti bersama merakyatkan seni budaya 1 malaysia di padang skap..meriah..pelbagai aktiviti..antaranya permainan tradisional..galah panjang,congkak,tarik tali dll...ada pameran,dari institut kraf negara,aswara,perpustakaan negara,arkib negara..semua dari seluruh negara...untuk rakyat negara ini....so aku stop di sini..ado maso aku akan update laie blog aku yg masih hijau dan muda ini dan aku akan pastikannya sentiasa muda serta ranum untuk kupetik buahnya...to be continued..ok..aku teruja untuk bercerita d'pelabuhanrasa' yg menberiku pelbagai citarasa dalam menaip huruf2 yg comel ini,,,,.............

Tuesday, April 20, 2010

aku adalah aku


aku adalah aku...bukan orang lain..atau sesiapa....cuma aku yang bernama noralasikin binti md din anak jati negeri sembilan darulkhusus...

Monday, April 19, 2010

salam rindu diangin lalu



19042010
today belajar masukkan gambar..ok lah mudah je..tapi lambat nak ngadap...

Saturday, April 17, 2010

happy anniversary 18 april 1991

ermm banyaknya yg kufikirkan..today ulangtahun aku diijabkabulkan sebagai suami isteri...mauli azam b zakaria & noralasikin binti md.din...terlalu banyak kenangan dalam hidupku..baik yg manis,pahit,kelat,payau..ahhh semuanya berbaur...tapi today adalah kenangan manisku dan merupakan sejarah hidupku yg bermula dalam lakaran hidup di alam berumahtangga...
aku sangat teruja apabila telah bergelar seorang isteri..walaupun pada masa itu aku masih lagi tercari2 dan teraba2 cahaya dalam hidupku....aku masih muda..25 tahun..suamiku 29 tahun....
kami disatukan pada 18 april 1991..saat aku diterima sbg isteri..aku begitu terharu & sayu....entah kenapa..mungkin aku terlalu gembira atau terlalu sedih....gembira karana akan bersama suami...sedihnya kerana meninggalkan alam gadisku yg sangat kupelihara dgn baik..aku masih suci & belum pernah disentuh mana2 lelakipun kecuali yg bernama suamiku...
walaupun kami disatukan pada 18 april 1991, majlis persandingan diadakan pada 1& 2 jun 1991..ini memandangkan cuti sekolah pada waktu itu...awal pernikahan untuk memudahkan aku memohon pertukaran sekolah untukku mengajar selepas bergelar isteri....
aku berbangga kerana berjaya mengekalkan statusku sebagai 'dara' sehingga aku diijabkabulkan..semua jejaka akan berbangga memiliki gadis yg masih 'dara'..kononnya...bagaimana dgn jejaka pula..adakah mereka masih jejaka??...
apa2pun aku cukup bersyukur kerana dapat suami yg sgt mengambil berat tentang diriku & sgt komited dgn tugasnya...walaupun kami berlainan profesion aku tetap menghormatinya dgn baik..kerana perbezaan yg nyata dlm kerjaya kami..
aku sentiasa berdoa semoga aku dan suamiku sentiasa tabah dalam mengharungi alam berumahtangga ini walau banyak onak & duri,banyak rintangan & godaan yg mendatang..aku sentiasa bersyukur kepada Allah keran dikurniakan seorang suami untukku..amin..
sebenarnya banyak lagi ingin kukongsikan tapi masa amat mencemburuiku..nanti jika ada kelapangan aku akan menokoktmbah mana yg perlu..aku berhenti di sini dulu...to be continued...1804 07.76am....

Tuesday, April 13, 2010

ermm bagaimanakan kumula....

today 13 april 2010...mendung berarak lagi....kesabaranku benar2 tercabar hari ini..aku seperti biasa se awal pagi akan membuka pss,pas,& bilik2 yg seangkatan dgnnya...aku masih bersabar dgn tugas seharianku sebagai seorang pendidik..aku sangat2 bersyukur kerana diberi amanah untuk memikul t/jwb ini untuk anak2 didikku...
kadang2 aku sendiri sukar mengerti akan sikap,sifat manusia yg sentiasa berubah2 termasuklah diriku.....
hari ini kelasku bermula seawal 9.15 pagi...aku memulakan bicaraku di 'pelabuhan rasa' ini dengan rasa penuh rendah diri.....
aku mulakan tugasku d pss dahulu,kmd d pas..bilik operasiku ada masalah yg tidak pernah terlintas di hatiku....ada tamu yg tidak diundang....aku meminta pertolongan pekerja untuk menyelesaikannya..'semerbak harum kasturi'..aku mmg hilang sabar..tekakku terasa meloya..terasa ingin saja isi perutku mengeluarkan apo yg aku mkn..ontahlah..aku masih bertahan lagi...alhamdulillah dengan bantuan 'kak yah' masalah td solosai tapi 'haruman ' tu masih menerawang d segenap pss...
today aku hentikan operasi di pss, anak2 muridku hairan...selalunya aku yg sering menyuruh mereka ke pss..tup2 hari ini tidak dibenarkan....anak2 muridku akur...
masa berlalu..tepat jam 9.15 pagi aku ke kelas 6d menggantikan ckgu r tdk hadir kerana rawatan d hospital selayang...di kelas ni alhamdulillah anak2 muridku begitu tekun membuat karangan bertajuk 'catatan'...hari sukan sekolah....mcm2 cerita yg mereka reka...demi untukmenghasilkan sebuah catatan....
sehinggalah jam 10.15 loceng rehat dibunyikan.....aku ke kantin ..ermmm apo la aku nak makan hari ni, lepas rehat ado kelas laiee..11.35 - 12.35...so aku terpaksa mkn demi menunggu waktu balik jam 1.35 ...3 in one...bee hoon + nasi lemak + nasi goreng...+ nescafe tarik...ermmm alhamdulillah...
10.35 loceng dibunyikan menandakan waktu rehat telah berakhir..deringan hp menyentak lamunanku..calling from ark for hadiah pelanggan majalah kuntum..so aku menguruskan pula agihan hadiah2 tersebut by kelas...
jam 11.35 - 12.35....aku d kelas 4b..menyambung pelajaran semalam yg tersekat...so today sambung sikit lagi aspek tatabahasa..kata batu & kata penguat..alhamdulillah anak2 muridku dapat melengkapkan ayat dgn menggunakan kedua2 aspek ttbhs tersebut..walaupun secara ringkas dan mudah...asas...
aku terlajak +- 5 mnit..rupa2nya ckgu s sudah menunggu utk subjek seterusnya sehingga jam 1.35..aku bergegas keluar lalu terus ke pss demi memastikan semuanya bakal dikunci semula sebelum aku balik....alhamdulillah selesai..
aku turun ke bilik guru..tekak terasa dahaga...kuminum sgelas air kosong yg mmg sentiasa berada di mejaku untuk kuminum di saat aku memerlukannya...aku berehat sekejap di mejaku di bilik guru...
anakku ..kak lang sudah sedia menungguku untuk pulang ke rumah...adiknya si amal tidak ke sekolah hari ini..tidak sihat..demam & batuk..so tinggal dgn kakaknya di rumah.
dlm perjalanan balik, teringin nak mkn abc..singgah d gerai cik t..beli bungkus & bawa balik...
sampai di rumah, aku seperti biasa rutin harianku..sebagai isteri,ibu,dan sbg seorang guru...banyak yag perlu dibereskan setiap hari...semuanya mesti dibuat dgn cepat & lancar...
ptg teringin pula nak makan lempeng..dah asyik buat cekodok je..tukar lempeng belando lak..anak2ku pun suko..so minum ptg dgn lempeng & nescafe ais...
bukak fb sekejap add apo yg patut..komen apo yg ado..ni pun duk menaip ni anak bujangku dah menunggu giliran..aku beralah la...
ok aku stop jam 6.05 ptg selasa 13042010...to be continued...

Monday, April 12, 2010

assalamualakikum & selamat petang

ermm waktu2 begini..selalunya ramai yg diulit mimpi di siang hari....namun buat diriku adalah sukar untukku meletakkan kepala di bantal nak melelapkan mataku....aku tak biasa...dan aku tak nak biasakan...'alah bisa tegal biasa'...tetapi kdg2 tu dek keletihan yg teramat sangat..terbabas juga la..tapi boleh dikira dgn jari...
hari ini..12 april 2010...isnin..awal minggu persekolahan....alangkah indahnya..alam persekolahan..bebas dari memikirkan susah senang kehidupan...yg ada cuma ..suka, riang, gembira,bermain,ketawa dan semua yg menggembirakan...walaupun aku sudah bertugas menjadi seorang guru +- 20 tahun..aku rasa mcm baru sgt dlm bidang ini, banyak yag aku pelajari..rupa2nya lagi banyak yg aku tidak tahu lagi....
seperti biasa setiap hari isnin akan diadakan perhimpunan mingguan...setiap minggu ada 2 org guru yg bertugas....hari ini cuaca alhamdulillah baik..
di pelabuhan rasa ini aku tidak pasti adakah aku akan dapat untuk menulis setiap hari,selang sehari,tiga hari sekali,4 kali sehari @ 4 hari sekali, 5 hari sekali @5 kali sehari @ seminggu sekali @ sekali seminggu, @ sebulan sekali, @ sekali dlm setahun @ bila2 yg aku dapat tulis aku akan terus menulis...semoga Allah sentiasa memberi kesihatan,kemudahan kepadaku dalam berkongsi ilmu ini....
bagiku itu tidak penting,yg penting pengisian yg aku ingin sampaikan kepada kawan2 yg membaca..aku amat caring tentang kawan2ku sehinggakan diriku sendiri kuabaikan..itulah kelemahanku..aku seboleh2nya nak bantu kawan2 yg telah meminta bantuanku..seandainya aku tdk dpt membantu aku rasa sangat bersalah..walhal itu bukan salahku....
dikejauhan ini aku sentiasa ingin yg baru,aku suka yg mencabar kesabaranku,mencabarku sehingga aku tercabar untuk melakukannya.....tidak semua yg aku inginkan tercapai dgn mudah..semuanya perlukan pengorbanan yg jitu...
aku sentiasa nak bertanya tetapi tidak tahu kepada siapa harus kutujukan soalan ini, banyaknya persoalan yg aku perlu rungkaikan demi mendapat jawapan dan kepastian...
to be continued..

Saturday, April 10, 2010

banyak yang kufikirkan

asmk..hari ini 10 april 2010 sabtu...seawal pagi aku bangun..bergegas aku ke sekolah..ado kelas bm 6w..namun begitu aku cukup gembira hari ni..cuma sorang je anak muridku absent...hashikin..its ok..pada mulanya aku hanya ingin menduga sejauh mana pencapaian murid2 ku ini..akupun mula menyuruh membaca petikan yg kuberikan " kegemaranku"..dari segi membaca semuanya boleh..cuma pemahaman agak kurang....

setelah berulang2 kali membaca barukah mereka memahami tentang ceritanya..aduh!!..kena tukar strategi....habis bab pemahaman aku bercadang memberikan gmbar2 untuk dibina ayat..berdasarkan gambar tu...namun masa agak terhad..2 jam tak terasa..cuma terasa bila si idham bertanya "cikgu,kita tak ada rehat ke?.."..lantas akupun meminta mereka berhenti menulis lalu membenarkan mereka berehat d kantin......

di kantin sambil minum milo panas & nasi lemak bungkus daun pisang..today fadilah belanja..+ dgn keropok lekor panas..semuanya menambahkan kolesterol....tepat jam 11.50 aku pun ke Mini MAHA Hulu Selangor..meriah..mcm2 ada..oleh kerana dah tgh aku round d gerai mangga & bernas sambil membeli sedikit buah tangan utk anak2..apo2pun aku gembira dapat berjumpa siti zubaidah yg dah banyak membeli....suka tgk gelagat orgramai yg entah dari mana dtgnya..sekejap je d disitu...

balik rmh apo laie..mcm kipas kudung aku...pagi td saja tak masak konon2 nak mkn fresh2 & panas2 d tgh sabtu ni...so akupun mula memasak ikan merah masak kari daa...sayur kubis buat ulam je..anak2ku tak suka mkn sayur..ontahlah apo/bagaimana aku harus lakukan laie...selepas msk ..santap la...

ptg berlalu...jiranku dtg bertandang bertanyakan tentang bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran murid tahun satu secara on9..d web http://www.moe.gov.my/jpnselangor..
so setelah panjang lebar aku terangkan...nnt aku kena tlg isikan d sekolah sebab perlu dicetak maklumat yg telah diisi tu...so aku bersetuju..insyaAllah aku akan bantu d sekolah nanti..tarikh tutup 30 april 2010 ni..

malam beransur..aku sempat berfb..chat dgn syahir & asri.....walaupun sekejap..aku rasa gembira..bertanya khabar walaupun tidak bertemu..hanya d maya..jam 10 15 mlm aku teringatkan blog yg baru aku create ni...banyak yang aku perlu pelajari lagi..its ok..org baru bertateh mesti banyak bersabar...memang rasa tak sabar nak menambah pelbagai bahan untuk tatapanku..tak sabar untuk meluahkan rasa di pelabuhan rasaku ini demi merungkai pelbagai persoalan yg masih belum terjawab kini...

rasa macam nakkutulis apa sahaja yg terlintas di benak hatiku ini...macam2..semuanya berbaur....ok aku stop di sini untuk malam yg penuh ketenangan ini..aku akan sambung jika ada kelapangan...

Wednesday, April 7, 2010

program galakan membaca bersama majalah kuntum

ermm arini penat sikit..pagi2 anak2 muridku dah bertanya bilo la si comel kuntum nak dtg..kebetulan agak lambat bermulanya sesi ni..tepat jam 9 pagi aku membunyikan loceng & anak2 muridku berkumpul d dataran perhimpunan...program berjalan lancar..alhamdulillah semua warga skap memberi komitmen yg baik..terima kasih semua...tq..arigato...semoga usaha ini akan dapat membantu anak2 muridku lebih suka membaca dalam pelbagai bidang ilmu..insyaAllah semuanya pasti berjaya.."rajin membaca pasti jaya"..amin..
alhamdulilah 2 maskot dtg arini ..si comel & moo..apo laie berebut2 la anak2 murid ingin bersalaman & sesi bergambar...pada awalnya aku set nak bergambar bersama guru2,pengawas pss,pengawas,& kelas2 yg lain..oleh kerana cuaca semakin panas..waktu rehat pun tiba..so rehatlah dulu....

Tuesday, April 6, 2010

sesi pagi berakhir hari ni..huhh..bopoluh aku...macm nak diuruskan...

Aduh..loteh ea..mcm2 nak diuruskan...tapi alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..uruskan hal majalah..galakan membaca...uruskan buku...tapi best gak..sekurang2nya dpt bereskan...petang ni nak dtg sekolah..ada kokurikulum...minggu panitia bm..aku uruskan pertandingan sajak....semuanya berkaitan bahasa je..almaklumlah minggu bm..

salam perkenalan..maka bermulalah pelabuhan rasa...

asmk,salam sejahtera..gembiranya rasa dpt melabuhkan rasa di "pelabuhan rasa"...terima kasih ida krn tlg create this blog..org bru nak bertatih..hehehe..salam perkenalan ..rasanya aku org yg bertuah dpt create this blog..walaupun bukan bidangku tapi aku ingin mencuba sesuatu yg memang telah lama aku impikan...'pelabuhan rasa' lahir dari rasa hatiku yg selalu meronta2 dahagakan sesuatu ilmu yg berguna & bakal aku aplikasikan dalam bidang profesionku sendiri demi anak didikku dan masa depanku.....dalam melakar pena aku bukanlah orgnya,aku juga bukan yg suka bercerita ,tetapi aku cuba untuk menjadi penglipurlara kepada anak2 didikku dengan pelbagai kaedah pembelajaran yg boleh membantu meningkatkan ilmu pengetahuan anak2 didikku....

di kejauhan ini, aku amat suka untuk berimaginasi tentang lakaran masa depanku ,anak2ku,anak2 didikku,sesiapapun jua..lebih2 lagi dalam era globalisasi yg membuat kita semakin kejam & rencam kehidupan berubah mendadak....