Friday, May 25, 2012

cuti sekolah datang lagi..26/5- 10/6 2012

assalamualaikum..
cuti sekolah datang lagi..
mulai 26 mei 2012 hingga 10 jun 2012
lebih kurang 2 minggu..
minggu 1 kelas tambahan d sekolah..
settlekan mana2 yg belum..
di rumah... mcm2 nak settle..
sobar yo la ati..
rindukan seseorang..
rindu yg teramat..
semoga diberi kekuatan..
iman, semangat, emosi..fizikal & mental...

doakan berterusan..
hatiku pilu,sayu,jemu & pelbagai emosi yg sering mengganggu ketenteramanku..
alhamdulillah Allah Maha Besar..Allah Maha Adil..pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yg diberikan kepada hamba2Nya yg terpilih..amin,amin,amin..
...melabuhkan rasa di 'pelabuhan rasa'.yg aku suko..


Wednesday, May 23, 2012

minggu yang agak memenatkan

sharing is caring
di stesyen 2
bergambar untuk kenangan


assalamualaikum dan salam sejahtera..

Subhanallah,Alhamdulillah,AllahuAkbar.
agak lama x update my blog..apakan dayaku masa begitu pantas..hingga aku x terkejar rasanya..

tanggal 15 mei 2012 ( selasa )..kursus d pkg kalumpang then sambung 17 mei 2012( khamis )..16 mei 2012 sambutan hari guru..18 mei 2012 (jumaat ) exam paper edu..19 mei 2012 exam paper major(2) bm..20 mei 2012 exam paper major (1)..huhh..terasa masa begitu pantas berlalu..aku sentiasa berdoa kejayaan akan terus bersamaku di dunia & di akhirat,amin..

22 mei 2012(selasa) program outreach ssqs di sk tmn bunga raya 2..sebagai fasi..penuh betul jadualku..today 23 ke pkg kkb i-nilam iqpss..apakan daya internet problem..x dpt settle lagi..masih belum dapat upload tmurid dari data smm.hope semuanya ok..nanti nak key in data bacaan murid pula..
banyak betul dugaanku..banyak2 la bersabar..Allah sayang orang yg sentiasa dalam kesabaran..semoga ku terus mendapat kekuatan, kesabaran dalam menyelesaikan tugasanku..

melabuhkan rasa di 'pelabuhan rasa yg aku suko'..
sayang2 buah kepayang..ditelan pahit dibuang sayang..


Sunday, May 6, 2012

APRIL YANG MENGGAMIT KENANGAN MANIS DAN PAHIT DALAM HIDUPKU..

assalamualaikum..
agak lama jari jemariku tidak berkesempatan untuk menari2 di keyboard ni..hari ini baru ada kesempatan yg amat terhad..
bagaimanakan kumulakan episod catatanku ..
sebak dadaku..
luluh jiwaku..
sedih hatiku..
semuanya berbaur..
dalam keheningan dan kedamaian petang di taman damai ini sedamai namanya....

11 april 2012..awal april aku dikejutkan dengan peristiwa tragis anakanda kesayanganku,, amal, hanyut dibawa arus deras sungai sewaktu berkelah....terasa kering darahku..aku rasa sangattt sebak dan terharu apabila ramai yg membantu untuk menyelamatkannya pada hari kejadian itu...bila dikenang2kan semuanya ada hikmah disebalik setiap ujian yg Allah uji itu..hanya kepada hamba2nya yang terpilih...aku bersyukur kerana anakandaku selamat walaupun begitu hanya Allah sahaja yg tahu akan sakitnya apa yg dialaminya itu..

selang seminggu 18 april satu lagi peristiwa yang tak mungkin kulupakan sehingga ke akhir hayatku..tarikh keramat ini sebenarnya adalah tarikh aku diijabkabulkan dengan suamiku..sejarah hidupku yg amat manis untuk dikenang...dalam masa yang sama tarikh 18 april ini juga perginya bondaku yang amat kukasihi lagi kusayangi menghadap Illahi..Sang Pencipta lebih menyayanginya..aku redho..tenang dan senangnya bondaku pergi ..semoga Allah sentiasa mencucuri RahmatNya ke atas roh arwah bondaku..semoga selamat beristirehat dan anakanda pasti kita akan dipertemukan di SyurgaNYA di sana..in shaa Allah...amin..jasa bonda dan ayahanda sentiasa anakanda kenang dan semoga bonda dan ayahanda terus kekal disyurgaNYA..amin

apa yang aku ingin kongsikan ialah betapa bondaku tidak mahu menyusahkan anak2nya dan sesiapa..aku masih teringat2 hari terakhir arwah datang ke rumahku bersama2 kakak dan adik2ku..bonda begitu gembira dan tidak menunjukkan rasa sedih sedikitpun kerana dapat bertemu anak,menantu dan cucu2nya..PERGINYA YG TIADA GALANG GANTI..

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA...

SAYANGI DAN KASIHILAH IBUBAPA ANDA SELAGI ADA HAYAT MEREKA ...

BUDI DAN JASA KALIAN TIDAK TERBALAS..HANYA DOA MENGIRINGI PEMERGIAN KALIAN...AMIN,AMIN,AMIN.

melabuhkan rasa 'di pelabuhan rasa' yang aku suko..   06 mei 2012 ..ahad..4.42 petang..