Wednesday, June 30, 2010

LAWATAN KE SHAH ALAM 29 JUN 2010 SELASA

assalamualaikum..

alhamdulillah , syukur ..dapat menghabiskan sesi lawatan ke kilang roti & karangkraf d shah alam..memang banyak info..

aku sangat teruja untuk join lawatan pada kali ini..almaklumlah sudah lama tak join...last on 2008..putrajaya..

meriah bersama anak2 didiku yg ceria sepanjang hari lawatan skap..

bersama kak ani,fadilah ,mohd salleh & 40 murid yg riang..

banyak info..
banyak kenangan
cerita manis
cerita pahit tak ado
sume best
sume sporting
sume banyak mulut
asyik barcerita tak henti2..
aku cikgunya yg lotih dongar ea..
suka sangat ...alhamdulillah..

nanti boleh bawa murid yg lain pula..

01 julai 2010 khamis..12.02pagi..

Saturday, June 26, 2010

KENANGAN D MPSAH 1986-1988...PSR(PM)



assalamualaikum...

aku sangat gembira ..minggu ni dpt berhubung semula dgn rakan2 yg telah lama tidak bersua dan mendengar khabar berita...

MPSAH 1986-1988.. kenangan mengusik jiwaku
aku mengimbas kembali zaman permulaan aku dlm kancah profesion ini...bila tgk gambar kawan2 terasa rindu ingin bersua kembali....untuk kembali ke suatu masa dulu..ermmm mustahil la..masa terus berlalu....

terlalu banyak kenanganku d MPSAH..sekarang ni dah tukar nama IPSAH....nunnn jauh di utara..aku suka dapat belajar di situ...berjumpa kawan2 baru....ada juga kwn2 lama yg kebetulan sama maktab..bertambah2 aku suka...aku suka mengenang zaman silamku..pahit manis kehidupanku...sukar kujelaskan dengan bait2 perkataan..biarlah hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaanku....suka duka kehidupanku 'satu waktu dahulu'...kenangan manis , pahit , kelat , payau , sume ada..berbaur dalam kenangan yang sukar kulupakan sepanjang hayatku.....

sume dah ada kehidupan sendiri..family,kerjaya yg cemerlang..ku sentiasa doakan kalian sihat,bahagia,berjaya di dunia & akhirat,amin.

27 jun 2010 ahad 0803 pagi...

Saturday, June 19, 2010

Dalam Kenangan

SEJUK DAN TENANG BILA MEMANDANG GAMBAR NI..






LUMRAH KEHIDUPAN SEMUA ORG ADA KENANGAN..
SUKA, DUKA, PAHIT, MANIS,SAKIT, SIHAT, MUDA, TUA, ....
SALAM KENANGAN..

DALAM MAKSUD TERSURAT & TERSIRAT...

dalam kenangan...

tiada lagi suara ombak di pantai..
tiada lagi bayu tebrau membelai...
di saat sepi begini..semuanya dalam kenangan...

pasti ada yg berubah..
kampung halaman...
segalanya kan abadi dalam kenangan..

kenangan yg paling manis dalam hidupku..
riuh rendah..suara kanak2 riang, beburung berkicauan..semuanya hanya tinggal kenanganku..

kan kubawa semua kenangan ini sehingga akhir hayatku..

ya Allah kumohon padaMu..tabahkanlah hatiku dalam mengharungi segala pahit getir kehidupanku dan permudahkanlah ya Allah..amin.

20 jun 2010 ahad 12.54 pagi..to be continued..

CUTI YANG MEMENATKANKU

ermm..
asmk..sudah seminggu aku tidak menulis di 'pelabuhan rasa ' yg kusuka..apa2pun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas lagi..

percutianku kali ini amat memenatkanku...kurasa perit untuk menghabiskan percutian pada kali ini...

rindu menggamitku untuk balik ke kampung...aku rindukan mak & kampung halamanku...

rindu ini amat menyakitkan..aku cuba untuk memujuk hatiku..walau bagaimanapun aku berjaya memujuk hatiku tapi itu hanyalah sementara...aku pasti akan teringat semula..

aku yakin ada hikmah yg aku tidak ketahui disebalik resah,rinduku ini...ya Allah berilah aku kekuatan dan keteguhan iman..amin.

19 jum 2010 sabtu..12.00tghmlm..to be continued..

Saturday, June 12, 2010

hari ini.. 12 jun 2010 sabtu..mengimbau kenangan silam..




asmk..
ermmm seminggu cuti pwesekolahan sudah berlalu...mulai sabtu 05 jun 2010....ahad, isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat dan hari ini sabtu kembali..

masa begitu pantas berlalu ..rasanya tidak terkejar olehku..walaupun seminggu sudah berlalu..terlalu banyak yg perlu dibereskan....

almaklumlah..sebagai isteri,ibu,adik,kakak,mak sudara,mak angkat,adik angkat,kakak angkat,dan berbagai2 angkat la..sume menuntut hak masing2 untuk ditunaikan olehku..namun apokan dayo aku hanyalah aku..hehehe..bukan engkau,awak,kamu,dia,mereka & seangkatan dgnnya..cuma 'aku adalah aku'...

kadang2 bila duk sendirian ni aku berangan macam2 tentang hidupku & mcm2 fikiranku tentang alam selepas matiku..aku mencari 'cinta hakikiMU'..

sebenarnya aku ingin berkongsi dengan kalian tentang kisah suka duka hidupku dalam menjalanikehidupan sebagai pendidik..alhamdulillah sepanjang tempoh aku bergelar 'cikgu' ni, aku rasa tiada masalah yg kronik yg tdk boleh aku selesaikan..semuanya Allah permudahkan..alhamdulillah.aku sangat2 bersyukur..

cuma aku teringat pesanan arwah abah sewaktu aku mula2 mengajar dulu"..ingat nora,..macamana kau ngajar anak orang tu macam tu la yang orang akan ajar pada anak kau nanti" katanya lagi 'jangan sebut perkataan'bodoh',dan yg seangkatan dengannya..itu doa 'cikgu'..untuk anak2 muridnya....kalau kau maghah bonar ...cuba kawal diri"...itulah pesanan arwah abah sewaktu aku mula2 mengajar dulu..masih terngiang2 di telingaku pesanannya itu..walaupun sudah 20 tahun berlalu...Alfatihah buat arwah abah...semoga abah ditempatkan disisi orang2 yang beriman dan sentiasa dicucuri Rahmat dari Allah,amin..

sebenarnya aku telah pernah mengajar sebagai 'guru sementara'..1985.. d sktln, di seri menanti,k.pilah..bermulanya sejarah aku di alam perguruan ini...masa tu aku baru lepas spm..tunggu jawapan permohonan masuk ke ipt..itupun atas cadangan kak embong..kakakku yg no 2..katanya' ra, kau cuba mintak guru sementara,ado joki kau dapatlah'.'akupun mula mengarang surat untuk memohon guru sementara'.setelah siap aku dgn kakaku pergi sendiri ke ppd tampin untuk menyerahkan surat permohonan tersebut..kata pegawai tu, 'adik tunggu jawapan ea yo'..minggu dopan dapeklah surat jawapan ea..aku tersenyum sendirian sambil berbalas pandangan dgn kak embong..hehe..malu..

memang boto la..lopeh seminggu akupun dapat surat tawaran untuk ditemuduga...suko na hati aku..sebelum temuduga aku kena study gak tentang ilmu pendidikan ni..masa tu masih'0'..adalah bahan rujukan..terhad pulak...namun syukur ado..

then, pado hari yg dinanti2kan pun tibo..aku ditemu dan diduga dnegan berbagai persoalan termasuklah pengetahuan am dalam & luar negara...siap dgn menyanyi lagu'negaraku' sekali..tu yg tak dapek nak lupo tu...maso tu ado 3 org penemuduga..alhamdulillah dipendekkan ceghito ea..

selang duo hari selepas temu dan duga aku tu..aku ditawarkan sebagai guru sementara di sktln,seri menanti, k.pilah..aku pun memberanikan diri untuk pergi melapor diri...
mula2 aku sampai di sekolah tu...hanya Allah sahaja yg tahu bagaimana perasaanku ketika itu....aku masih ingat'cikgu baru la'..itulah ayat pertama yg kudengar dari murid & guru2..aku cuma 'tersenyum'...

dipendekkan cerita setelah mendapat jadual & pelbagai urusan selesai..aku dapat keluarga angkat di mana tempat aku 'tinggal'..sebab tiada rumah untuk disewa...maka bermulalah kehidupanku sebagai anak angkat di rumah pak cik & mak cik buyau di jalan istana lama seri menanti.....

sekolah yang kecil.masa tu muridnya tidak ramai hanya ada 6 kelas, tahun 1 hingga tahun 6..dalam satu kelas ada lebih kurang 28 orang je..ada yg kurang dari tu...

aku gembira dapat berbakti walaupun cuma untuk beberapa bulan..tetapi pengalaman di sktln. banyk mengajarku erti kehidupan..banyak mengajarku erti kesabaran, banyak mengajarku erti perjuangan..maka bermulalah sebuah kehidupanku yg panjang sebagai seorang yg bergelar'cikgu'..

aku suka dipanggil 'cikgu'..itulah aku..

apa yang ingin aku kongsi disini bukanlah gelaran'cikgu' tetapi disebalik gelaran itu "tersirat maksud yg berat & sarat dengan membawa hajat"...

apo2pun aku sangat bersyukur kerana dapat gelaran itu hingga kini..apa yang aku harapkan dengan sedikit ilmu yg aku ada aku ingin kongsi dgn anak2 muridku & sesiapa sahaja yg membacanya...

sekian untuk kali ini..to be continued..

12jun2010 sabtu 04.17 petang

Tuesday, June 8, 2010

Tanda Tanda Kiamat

TANDA TANDA KIAMAT..

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA2KU..
DOSA ORANG2 MUSLIMIN & MUSLIMAT,
AMIN,AMIN,AMIN.

08 JUN 2010 SELASA 11.29 MALAM

Monday, June 7, 2010

InsyaAllah

MALAM YANG SYAHDU....
INSYAALLAH..KETENANGAN...



YOU WILL FIND YOUR WAY..
INSYAALLAH...

07JUN 2010 MONDAY 11.55 MALAM....

SHOWED ME THE WAY...
INSYAALLAH....

Sunday, June 6, 2010

MY MOTHER IS .MY TEACHER




LOVE ALLAH, RASUL...
NO OTHER LIKE MY MOTHER & FATHER..
I LOVE MY MOTHER & FATHER
ALAMDULILLAH..THANK YOU ALLAH..

06 JUN 2010 SUNDAY...7.06 MLM..

CUTI PERSEKOLAHAN 05 HINGGA 20 JUN 2010


Assalamualaikum ,

Ermmm..bagaimanakan ku mula dengan kata-kata yg selalu kuluahkan d 'pelabuhan rasaku' ini..jumaat,sabtu, dan hari ini..ahad..masa berlalu begitu pantas,...dalam kesibukanku..syukurlah Allah masih mengizinkan aku untuk bernafas dengan udara yg segar,alhamdulillah aku masih sihat, boleh beribadat kepadaMu ya Allah,semoga segala amal ibadatku diterima Allah,..amin..

cuti sekolah bermula..bukan bermakna aku juga terus bercuti dari segala pekerjaan yg perlu aku bereskan...klau nak disenaraikan mmg banyak..aku sekadar membuat mana yg terdaya olehku..selainnya aku berserah kepada Allah....

bila duduk sendirian, sesekali terdengar keriuhan anak2ku bermain diluar tu,aku jadi lemah, aku perlukan suasana yg ceria,aman,damai,tenang,...suara anak2ku memecah kesunyianku...seperti hari2ku yg lain....aku kuatkan semangatku..aku pujuk hatiku...aku perlu tabah dalam mengharungi apa jua cabaran yg mendatang...

pagi tadi aku menghadiri kelas agama mingguan d tmnku ini..kelas ini diadakan 2 kali sebulan iaitu pada ahad minggu pertama dan kedua...today belajar bab 'air'...bahagian air..alhamdulillah aku boleh ingat apa yg telah aku pelajari dulu dan dapat la ditambah dgn ilmu yg telah sedia ada tu untuk aku amalkan dalam kehidupan seharianku..fardu ain.

kelas agama tu aku rasa sgt singkat masanya..cuma satu jam...alangkah baiknya jika dapat dilanjutkan..oleh kerana ustaz yg mengajar tu padat jadualnya..so alhamdulillah satu jam bagiku amat bermakna....

sedikit sebanyak aku dapat kongsi ilmu..ilmu perlu disebarluaskan...

banyak lagi aku nak tulis..teringat kisah anak2 muridku dulu..sangat sensitif..sehingga aku teruja ingin tahu tentang masalah sebenarnya..alhamdulillah dipendekkan cerita dia berjaya mengatasi masalahnya dan berjaya dalam hidupnya kini...

aku suka mengingat dan mengenang saat2 manisku menjadi guru dan diawal pembabitanku dalam profesion yg sangat mulia ini....

akan kuceritakan lagi kisah2 manisku sepanjang aku menjadi 'pendidik' di sekolah & situasi yg berbeza...insyaAllah..

ok to be continued......

05jun 2010 AHAD...6.59 petang...

Thursday, June 3, 2010

LAGU MENGEJAR MIMPI..TQ ANAKKU..MAK SUKA DGR..

mengejar mimpi..tq anakku..
Maudy, Rendy & Claudia – Mengejar mimpi

Memang tak mudah untuk mengejar mimpi
Bila keteguhan tak ada di jiwa
Tetap tersenyum dan berdoa
kepadaNya…

Setinggi apa jejak dan mimpimu
Yakinlah jika kau bisa meraih
Dunia menunggu suara
Kemenanganmu…

Jelajahi…
Keindahan yang menjelma di hidupmu
Suara hati..
Senantiasa kan berbunyi
Jadikan semangat tuk bermimpi

Mengejar mimpi…..

MEMANG INDAH JIKA MIMPI YANG INDAH2..
TAPI BUKAN MUDAH MENGEJAR IMPIAN..
APA2PUN IMPIAN BAKAL MENJADI KENYATAAN....

second adding...
suka dgr lagu ni..
terima kasih anakku kerana add this song..tq.
03 jun 2010 khamis.. 10.24 malam...
hujan lebat d kkb..nyamannya..syukran..

Sudirman - Antara hujan dan airmata

MALAM INI HUJAN LEBAT DI KKB..
teringat akan "lagu kegemaranku" satu waktu dahulu...



inikah yg kau tinggalkan utk diriku...
very touching..dolu2 la...kenangan...

03jun 2010 khamis 10.19 malam..

MALAM YG PENUH SYAHDU..

Wednesday, June 2, 2010

Raihan - Demi Masa

DEMI MASA...



sesungguhnya manusia kerugian....
bagaimana dan mengapa manusia amat suka mensia-siakan masa?????????????
ingatlah & insafilah diri..
aku sekadar mengingatkan diriku yag mudah lupa dan kawan2 yg ingin diingatkan...

setiap hari masa berlalu begitu cepat..rasa tidak sedar masa berlalu..begitulah sibuknya manusia di muka bumi Allah ini....tanda akhir zaman..bila2 masa Allah akan jemput aku untuk bertemunya...
ya Allah ya Tuhanku..ampunilah dosa2ku yg ibarat buih2 dilautan....ampunkan aku ya Allah,ampunilah aku ya Allah,ampunilah aku ya Allah..ampunilah dosa2 muslimin & muslimat....amin,amin,amin.


02 jun 2010 rabu 1055mlm