Sunday, May 6, 2012

APRIL YANG MENGGAMIT KENANGAN MANIS DAN PAHIT DALAM HIDUPKU..

assalamualaikum..
agak lama jari jemariku tidak berkesempatan untuk menari2 di keyboard ni..hari ini baru ada kesempatan yg amat terhad..
bagaimanakan kumulakan episod catatanku ..
sebak dadaku..
luluh jiwaku..
sedih hatiku..
semuanya berbaur..
dalam keheningan dan kedamaian petang di taman damai ini sedamai namanya....

11 april 2012..awal april aku dikejutkan dengan peristiwa tragis anakanda kesayanganku,, amal, hanyut dibawa arus deras sungai sewaktu berkelah....terasa kering darahku..aku rasa sangattt sebak dan terharu apabila ramai yg membantu untuk menyelamatkannya pada hari kejadian itu...bila dikenang2kan semuanya ada hikmah disebalik setiap ujian yg Allah uji itu..hanya kepada hamba2nya yang terpilih...aku bersyukur kerana anakandaku selamat walaupun begitu hanya Allah sahaja yg tahu akan sakitnya apa yg dialaminya itu..

selang seminggu 18 april satu lagi peristiwa yang tak mungkin kulupakan sehingga ke akhir hayatku..tarikh keramat ini sebenarnya adalah tarikh aku diijabkabulkan dengan suamiku..sejarah hidupku yg amat manis untuk dikenang...dalam masa yang sama tarikh 18 april ini juga perginya bondaku yang amat kukasihi lagi kusayangi menghadap Illahi..Sang Pencipta lebih menyayanginya..aku redho..tenang dan senangnya bondaku pergi ..semoga Allah sentiasa mencucuri RahmatNya ke atas roh arwah bondaku..semoga selamat beristirehat dan anakanda pasti kita akan dipertemukan di SyurgaNYA di sana..in shaa Allah...amin..jasa bonda dan ayahanda sentiasa anakanda kenang dan semoga bonda dan ayahanda terus kekal disyurgaNYA..amin

apa yang aku ingin kongsikan ialah betapa bondaku tidak mahu menyusahkan anak2nya dan sesiapa..aku masih teringat2 hari terakhir arwah datang ke rumahku bersama2 kakak dan adik2ku..bonda begitu gembira dan tidak menunjukkan rasa sedih sedikitpun kerana dapat bertemu anak,menantu dan cucu2nya..PERGINYA YG TIADA GALANG GANTI..

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA...

SAYANGI DAN KASIHILAH IBUBAPA ANDA SELAGI ADA HAYAT MEREKA ...

BUDI DAN JASA KALIAN TIDAK TERBALAS..HANYA DOA MENGIRINGI PEMERGIAN KALIAN...AMIN,AMIN,AMIN.

melabuhkan rasa 'di pelabuhan rasa' yang aku suko..   06 mei 2012 ..ahad..4.42 petang..

No comments:

Post a Comment