Sunday, August 11, 2013

Syukur , suka, duka, dan gembira di AidilFitri

Assalamualaikum,
teruja menyambut aidilfitri kali ini,
sedih yang tidak dapat digambarkan,
gembira yang tidak terlukiskan,
sunyi sepi rasa hati,

abah telah menyahut panggilan Illahi  pada 25dis2005 ,
emak pula 18april 2012,
tiada senyum dan tawa ria kalian berdua 
menyambut raya tahun ini.
rindukan kalian..Al Fatihah..aamiin.
hanya doa kukirim buat kalian berdua semoga sentiasa mendapat Rahmat dari yang Maha Esa..aamiin.
rasa kehilangan yang berganda kali ini..

Ya Allah sabarkanlah aku,kuatkanlah imanku..
tambahan pula dengan ujian Allah kepadaku disaat aku ingin menyelesaikan segala masalah yg melanda hidupku..
aku bersyukur kerana Allah sentiasa mudahkan segala urusanku..alhamdulillah.

cuma jauh di sudut hatiku masih rindu.
rindu keriangan masa lalu,
rindu kenangan lalu,
rindukan insan yang pernah hadir dalam hidupku..
rindu segala2nya yg aku rindukan selama ini,
semoga kerinduan ini tidak bertukar menjadi kejemuan..
jangan rindu jadi jemu,biar rindu jadi sumber ilhamku,
biar rindu bertapa untuk selama-lamanya di hatiku,
sehingga ke akhir hayatku,
walau tiada siapa yang tahu,
melainkan Yang Maha Mengetahui..

kutitipkan kenangan di aidilftri bersama keluargaku,
yg sentiasa menjadi sumber kekuatan dan sumber ilhamku.




 gambar kenangan


gambar kenangan bersama mak mertua d KSDN9

apa-apapun aku bersyukur kerana Allah sentiasa mudahkan segala urusanku..alhamdulillah.
terima kasih kepada suami & anak2 mak.
suko melabuhkan rasa d 'pelabuhanrasa' yg aku suko..
'dekat disayang,jauh dikenang'
11ogos2013 10.03malam


No comments:

Post a Comment