Saturday, June 12, 2010

hari ini.. 12 jun 2010 sabtu..mengimbau kenangan silam..




asmk..
ermmm seminggu cuti pwesekolahan sudah berlalu...mulai sabtu 05 jun 2010....ahad, isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat dan hari ini sabtu kembali..

masa begitu pantas berlalu ..rasanya tidak terkejar olehku..walaupun seminggu sudah berlalu..terlalu banyak yg perlu dibereskan....

almaklumlah..sebagai isteri,ibu,adik,kakak,mak sudara,mak angkat,adik angkat,kakak angkat,dan berbagai2 angkat la..sume menuntut hak masing2 untuk ditunaikan olehku..namun apokan dayo aku hanyalah aku..hehehe..bukan engkau,awak,kamu,dia,mereka & seangkatan dgnnya..cuma 'aku adalah aku'...

kadang2 bila duk sendirian ni aku berangan macam2 tentang hidupku & mcm2 fikiranku tentang alam selepas matiku..aku mencari 'cinta hakikiMU'..

sebenarnya aku ingin berkongsi dengan kalian tentang kisah suka duka hidupku dalam menjalanikehidupan sebagai pendidik..alhamdulillah sepanjang tempoh aku bergelar 'cikgu' ni, aku rasa tiada masalah yg kronik yg tdk boleh aku selesaikan..semuanya Allah permudahkan..alhamdulillah.aku sangat2 bersyukur..

cuma aku teringat pesanan arwah abah sewaktu aku mula2 mengajar dulu"..ingat nora,..macamana kau ngajar anak orang tu macam tu la yang orang akan ajar pada anak kau nanti" katanya lagi 'jangan sebut perkataan'bodoh',dan yg seangkatan dengannya..itu doa 'cikgu'..untuk anak2 muridnya....kalau kau maghah bonar ...cuba kawal diri"...itulah pesanan arwah abah sewaktu aku mula2 mengajar dulu..masih terngiang2 di telingaku pesanannya itu..walaupun sudah 20 tahun berlalu...Alfatihah buat arwah abah...semoga abah ditempatkan disisi orang2 yang beriman dan sentiasa dicucuri Rahmat dari Allah,amin..

sebenarnya aku telah pernah mengajar sebagai 'guru sementara'..1985.. d sktln, di seri menanti,k.pilah..bermulanya sejarah aku di alam perguruan ini...masa tu aku baru lepas spm..tunggu jawapan permohonan masuk ke ipt..itupun atas cadangan kak embong..kakakku yg no 2..katanya' ra, kau cuba mintak guru sementara,ado joki kau dapatlah'.'akupun mula mengarang surat untuk memohon guru sementara'.setelah siap aku dgn kakaku pergi sendiri ke ppd tampin untuk menyerahkan surat permohonan tersebut..kata pegawai tu, 'adik tunggu jawapan ea yo'..minggu dopan dapeklah surat jawapan ea..aku tersenyum sendirian sambil berbalas pandangan dgn kak embong..hehe..malu..

memang boto la..lopeh seminggu akupun dapat surat tawaran untuk ditemuduga...suko na hati aku..sebelum temuduga aku kena study gak tentang ilmu pendidikan ni..masa tu masih'0'..adalah bahan rujukan..terhad pulak...namun syukur ado..

then, pado hari yg dinanti2kan pun tibo..aku ditemu dan diduga dnegan berbagai persoalan termasuklah pengetahuan am dalam & luar negara...siap dgn menyanyi lagu'negaraku' sekali..tu yg tak dapek nak lupo tu...maso tu ado 3 org penemuduga..alhamdulillah dipendekkan ceghito ea..

selang duo hari selepas temu dan duga aku tu..aku ditawarkan sebagai guru sementara di sktln,seri menanti, k.pilah..aku pun memberanikan diri untuk pergi melapor diri...
mula2 aku sampai di sekolah tu...hanya Allah sahaja yg tahu bagaimana perasaanku ketika itu....aku masih ingat'cikgu baru la'..itulah ayat pertama yg kudengar dari murid & guru2..aku cuma 'tersenyum'...

dipendekkan cerita setelah mendapat jadual & pelbagai urusan selesai..aku dapat keluarga angkat di mana tempat aku 'tinggal'..sebab tiada rumah untuk disewa...maka bermulalah kehidupanku sebagai anak angkat di rumah pak cik & mak cik buyau di jalan istana lama seri menanti.....

sekolah yang kecil.masa tu muridnya tidak ramai hanya ada 6 kelas, tahun 1 hingga tahun 6..dalam satu kelas ada lebih kurang 28 orang je..ada yg kurang dari tu...

aku gembira dapat berbakti walaupun cuma untuk beberapa bulan..tetapi pengalaman di sktln. banyk mengajarku erti kehidupan..banyak mengajarku erti kesabaran, banyak mengajarku erti perjuangan..maka bermulalah sebuah kehidupanku yg panjang sebagai seorang yg bergelar'cikgu'..

aku suka dipanggil 'cikgu'..itulah aku..

apa yang ingin aku kongsi disini bukanlah gelaran'cikgu' tetapi disebalik gelaran itu "tersirat maksud yg berat & sarat dengan membawa hajat"...

apo2pun aku sangat bersyukur kerana dapat gelaran itu hingga kini..apa yang aku harapkan dengan sedikit ilmu yg aku ada aku ingin kongsi dgn anak2 muridku & sesiapa sahaja yg membacanya...

sekian untuk kali ini..to be continued..

12jun2010 sabtu 04.17 petang

No comments:

Post a Comment