Saturday, April 17, 2010

happy anniversary 18 april 1991

ermm banyaknya yg kufikirkan..today ulangtahun aku diijabkabulkan sebagai suami isteri...mauli azam b zakaria & noralasikin binti md.din...terlalu banyak kenangan dalam hidupku..baik yg manis,pahit,kelat,payau..ahhh semuanya berbaur...tapi today adalah kenangan manisku dan merupakan sejarah hidupku yg bermula dalam lakaran hidup di alam berumahtangga...
aku sangat teruja apabila telah bergelar seorang isteri..walaupun pada masa itu aku masih lagi tercari2 dan teraba2 cahaya dalam hidupku....aku masih muda..25 tahun..suamiku 29 tahun....
kami disatukan pada 18 april 1991..saat aku diterima sbg isteri..aku begitu terharu & sayu....entah kenapa..mungkin aku terlalu gembira atau terlalu sedih....gembira karana akan bersama suami...sedihnya kerana meninggalkan alam gadisku yg sangat kupelihara dgn baik..aku masih suci & belum pernah disentuh mana2 lelakipun kecuali yg bernama suamiku...
walaupun kami disatukan pada 18 april 1991, majlis persandingan diadakan pada 1& 2 jun 1991..ini memandangkan cuti sekolah pada waktu itu...awal pernikahan untuk memudahkan aku memohon pertukaran sekolah untukku mengajar selepas bergelar isteri....
aku berbangga kerana berjaya mengekalkan statusku sebagai 'dara' sehingga aku diijabkabulkan..semua jejaka akan berbangga memiliki gadis yg masih 'dara'..kononnya...bagaimana dgn jejaka pula..adakah mereka masih jejaka??...
apa2pun aku cukup bersyukur kerana dapat suami yg sgt mengambil berat tentang diriku & sgt komited dgn tugasnya...walaupun kami berlainan profesion aku tetap menghormatinya dgn baik..kerana perbezaan yg nyata dlm kerjaya kami..
aku sentiasa berdoa semoga aku dan suamiku sentiasa tabah dalam mengharungi alam berumahtangga ini walau banyak onak & duri,banyak rintangan & godaan yg mendatang..aku sentiasa bersyukur kepada Allah keran dikurniakan seorang suami untukku..amin..
sebenarnya banyak lagi ingin kukongsikan tapi masa amat mencemburuiku..nanti jika ada kelapangan aku akan menokoktmbah mana yg perlu..aku berhenti di sini dulu...to be continued...1804 07.76am....

No comments:

Post a Comment