Friday, April 30, 2010

malam ini 30 april 2010..jumaat..8.56 malam

today aku still aku..yg dulu kini dan selamanya..apakah aku akan selalu ceria begini atau akan berdukanestapa sekejap lagi..ooohhhhh!!!! tidak..aku seboleh2nya cuba untuk tidak menampakkan akan kesdiahanku,kesusahanku kepada orang lain..biarlah kegembiraanku aku kongsi dgn org lain...kesedihan mahu dikongsi rasanya belum kutemui insan yg benar2 memahami'jiwaku' ini....

hari ini adalah hari yg padat buatku..bermula seawal pagi kelasku sehingga 11.35 pagi...aku rehat jam 10.15..today as usual nasi ayam..menu mingguan untuk kanak2 riang di skap...aku suka tgk gelagat anak2 muridku bila mereka makan di kantin..kadang2 aku selalu teringat zaman persekolahanku dulu...betapa beraninya aku.betapa pandainya aku, betapa baiknya aku,betapa rajinnya aku..aku harap apa yg aku ada semasa kecilku akan anak2ku pula mewarisinya..amin...aku selalu membantu cikgu2ku..aku memang menjadi org harapan cikgu2ku..namun nasib tidak menyebelahiku di zaman persekolahanku...

aku pasrah..aku terima apa sahaja ujian untukku....aku ingin selalu melabuhkan perasaanku di 'pelabuhan rasa'ku yg amat ku suka..setiap hari klau ada maso lapang aku akan add post yg baru..walaupun ceritanya semua berkisar sejarah hidupku....BANYAK RASANYA PERASAAN YG AKAN AKU LABUHKAN DI SINI..DI 'PELABUHAN RASA' INI...namun apakan daya masa memang seringkali menghantui dan mencemburui aku..aku akur..so aku akan selalu mencurah rasa di sini..di ruang yg aku suka ini..bersama2 aku dlam melayan perasaanku yg berkerawang satu persatu tanpa mengikut aliran waktu.tanpa mengikut urutan,tanpa mengikut masa, tanpa menurut ikutan sejarah, tanpa rasa aku, aku tidak dapat melabuhkan rasa hatiku yag terlalu berkecamuk dengan helaian cerita zaman kegemilanganku sebagai pelajar, sebagai gadis suci,sebagai insan yg berkerjaya..sebagai isteri,sebagai ibu,sebagai anak,sebagai adik,sebagai kakak.sebagai berbagai2 lagi..hehe namun ..aku tetap akan memastikan apa yg aku ceritakan di sini akan menjadi perkongsian hidup & cerita hingga akhir hayat...tidak kira siapa yg membaca kisahku ini..

aku sebenarnya ingin menggarap segala kesusahanku waktu kecik2 dulu..susah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang anak tani & penoreh getah yg tinggal di kampung yg penuh dgn nyamuk,lintah,pacat,dan pelbagai lagi haiwan yg ku kira telah sebati dan sebahagian daripada kehidupanku..penuh warna-warni..aku sangat suko mengenang zaman kanak2ku dulu...ok stop dulu..9.12 malam jumaat 30042010...

No comments:

Post a Comment