Monday, April 12, 2010

assalamualakikum & selamat petang

ermm waktu2 begini..selalunya ramai yg diulit mimpi di siang hari....namun buat diriku adalah sukar untukku meletakkan kepala di bantal nak melelapkan mataku....aku tak biasa...dan aku tak nak biasakan...'alah bisa tegal biasa'...tetapi kdg2 tu dek keletihan yg teramat sangat..terbabas juga la..tapi boleh dikira dgn jari...
hari ini..12 april 2010...isnin..awal minggu persekolahan....alangkah indahnya..alam persekolahan..bebas dari memikirkan susah senang kehidupan...yg ada cuma ..suka, riang, gembira,bermain,ketawa dan semua yg menggembirakan...walaupun aku sudah bertugas menjadi seorang guru +- 20 tahun..aku rasa mcm baru sgt dlm bidang ini, banyak yag aku pelajari..rupa2nya lagi banyak yg aku tidak tahu lagi....
seperti biasa setiap hari isnin akan diadakan perhimpunan mingguan...setiap minggu ada 2 org guru yg bertugas....hari ini cuaca alhamdulillah baik..
di pelabuhan rasa ini aku tidak pasti adakah aku akan dapat untuk menulis setiap hari,selang sehari,tiga hari sekali,4 kali sehari @ 4 hari sekali, 5 hari sekali @5 kali sehari @ seminggu sekali @ sekali seminggu, @ sebulan sekali, @ sekali dlm setahun @ bila2 yg aku dapat tulis aku akan terus menulis...semoga Allah sentiasa memberi kesihatan,kemudahan kepadaku dalam berkongsi ilmu ini....
bagiku itu tidak penting,yg penting pengisian yg aku ingin sampaikan kepada kawan2 yg membaca..aku amat caring tentang kawan2ku sehinggakan diriku sendiri kuabaikan..itulah kelemahanku..aku seboleh2nya nak bantu kawan2 yg telah meminta bantuanku..seandainya aku tdk dpt membantu aku rasa sangat bersalah..walhal itu bukan salahku....
dikejauhan ini aku sentiasa ingin yg baru,aku suka yg mencabar kesabaranku,mencabarku sehingga aku tercabar untuk melakukannya.....tidak semua yg aku inginkan tercapai dgn mudah..semuanya perlukan pengorbanan yg jitu...
aku sentiasa nak bertanya tetapi tidak tahu kepada siapa harus kutujukan soalan ini, banyaknya persoalan yg aku perlu rungkaikan demi mendapat jawapan dan kepastian...
to be continued..

No comments:

Post a Comment